Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-19 11:01:33    
Cacatan Lawatan ke Tiga Gaung Sungai Yangtze

CRI
Sungai Yangtze merupakan sungai yang terbesar di China dan juga ialah sungai yang ketiga terbesar di dunia. Puncanya berasal daripada dataran tinggi Qinghai-Tibet yang disebut bumbung dunia, mengalir dari barat ke timur, merentasi kawasan pedalaman China. Jumlah panjangnya melebihi 6300 kilometer. Sungai Yangtze ialah tempat kelahiran kebudayaan bangsa China. Semasa Sungai Yangtze mengalir melalui sebelah timur lembangan Sichuan di utara China, sebuah lembah besar yang terkenal dengan mempunyai pemandangan yang indah terbentuk dan ia dikenali sebagai Tiga Gaung Sungai Yangtze, yang terdiri daripada Gaung Qutang, Gaung Wuxia dan Gaung Xiling.

Wartawan telah menaiki kapal Shenchou iaitu sebuah kapal persiaran yang paling mewah di Sungai Yangtze. Bertolak dari Bandar Chungqing yang diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan pusat di barat China, wartawan kami telah memulakan pelancongan ke tiga gaung itu.

Encik Fangkun ialah seorang pemandu pelancong dalam kapal itu. Beliau memberithu para pelancong bahawa yang paling menarik dalam pelancongan ke Sungai Yangtze ialah menikmti pemandangan lembah tersebut.

Baliau berkata bahawa sungai Yangtze terletak di sebelah barat China, dan yang paling indah pemandangannya ialah Tiga Gaung Sungai Yangtze. Jarak pelancongan kali ini adalah sepanjang 192 kilometer, para pelancong boleh menikmati pemandangan lembah yang mempunyai keunikan tersendiri.

Tidak lama selepas pelayaran dimulakan, pemandangan di kedua-dua tebing sungai itu berubah. Pemandu pelancong berkata, kapal itu sudah memasuki Gaung Qutang yang pertama daripada Tiga Gaung Sungai Yangtze. Sejak zaman dahulu, seiring diperkatakan, pemandangan Gaung Qutang adalah luar biasa dan mengerunkan, manakala Gaung Qutang adalah dianggap sebagai gaung yang paling indah pemandangannya di antara tiga gaung itu dan air di gaung itu sangat dalam. Gaung Xiling adalah berliku-liku dan terdapat banyak jeram dan arus yang deras.

Menurut keterangan Encik Fangkun, di antara tiga gaung itu, Gaung Qutang adalah gaung yang paling pendek dan yang paling sempit di sepanjang sungai itu. Jumlah panjangnya hanya 8 kilometer dan kapal persiaran hanya memerlukan masa 12 minit untuk merentasi tempat itu. Apabila memasuki gaung itu, anda boleh melihat tebingnya yang curam dan tegak lurus di kedua-dua belah sungai itu. Sungai yang paling lebar di kawasan Gaung Qutng itu memepunyai kelebaran kurang dari lebih serartus meter, tetapi, yang paling sempit di kawasan gaung itu, hanya mempunyai kelebaran beberapa puloh meter sahaja, dengan ombaknya yang sangat bergelora dan arus yang mengalir deras.

Gaung Wuxia merupakan gaung yang paling indah pemandangannya di antara tiga gaung tersebut. Jumlah panjangnya ialah 42 kilometer dan ia mendapat nama kerana ada gunung Wushan di sana.

Yang paling terkenal di dalam Gaung Wuxia ialah 12 buah puncak gaung yang sambung-menyambung, dan puncak yang paling terkenal ialah puncak dewi, kerana di situ, tersergam sebuah batu berupa seorang gadis jelita sedang berdiri di tebing sungai. Puncak gunung yang timbul dalam lautan awan dan pemandangan gunung yang curam itu dalam hujan renyai-renyai seperti sebuah lukisan tradisional China yang indah sekali.

Gaung Xiling adalah yang paling panjang di antara tiga gaung tersebut iaitu sepanjang 70 kilometer. Wartawan mewasuki lembah itu pada pukul 8 malam hari, di bawah sinaran cahaya lampu, boleh kelihatan batu-batu yang beraneka-ragam bentuk dan tebing yang curam di kedua-dua belah sungai itu. Walaupun di Gaung Xiling, terdapat banyak jeram dan arus deras. Namun, para pelancong tak payah bimbang terhadap keselamatan mereka. Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Pelancongan Seberang Laut Perkapalan Sungai Yangtze Encik Yao Rongjian berkata bahawa bermula dari tahun 1978, perbadanan itu telah mula menguruskan industri pelancongan perkapalan di Sungai Yangtze. Kini, perbadanan itu mempunyai 14 buah kapal persiaran yang mewah, mereka mengambil tindakan yang ketat untuk menjamin keselamtan para pelancong.

Disebabkan terdapat banyak jeram di Sungai Yangtze yang melalui Sichuan, maka masalah keselamatan pelancongn di Sungai Yangtze merupakan masalah yang diambil perhatian oleh para pelancong. Kemalangan tidak pernah berlaku dalam sejarah Perbadanan Pelancongan Seberang Laut Sungai Yangtze dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sebabnya yang pertama, semua kapal persiaran adalah diperiksa dengan teliti. Kedua, semua anak kapal persiaran mesti menerima latihan yang bersungguh-sungguh dan hanya dapat bekerja setelah melalui ujian. Perbadanan pelancongan itu menjalankan pengurusan kapal persiaran menurut kelaziman antarabangsa.

Destinasi pelancongan di Tiga Gaung Sungai Yangtze merupakan kawasan pemandangan gunung dan sungai yang terkenal di Dunia. Keindahan pemandangannya juga tidak terjejas ekoran pembinaan projek tiga gaung dan juga selepas projek pengempangan aliran di tiga gaung itu dijalankan.

Sebenarnya, setelah projek empangan tiga gaung mula menyimpan air takungan pada tahun 2003 nanti, mungkin beberapa destinasi pelancongan akan terjejas sedikit, tetapi, walau bagaimanapun, pemandangan di tiga gaung itu akan tetap indah permai dan juga akan menghasilkan destinasi pemandangan yang baru.

---Wang Ling