Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan pertumbuhan ekonomi, China dari hanya menarik pelaburan asing telah mulai melabur di negara yang lain. Seluruh dunia sangat mementingkan pelaburan dari China, khususnya ASEAN, jiran dan rakan perdagangan yang penting kepada China. Dalam Pesta Pelaburan dan Perdagangan China ke-7 yang diadakan di Bandar Xiamen China tidak lama dahulu telah diadakan Forum Dasar Pelaburan Negara ASEAN, wakil dari 10 negara anggota ASEAN telah memperkenalkan peluang pelaburan dan pelbagai dasar keutamaan di negara masing-masing. Ketua Majlis Hubungan Awam dan Promosi untuk Pembangunan Kemboja Encik Chea Vuthy dalam forum itu telah membentangkan laporan yang bertajuk: sekarang keadaan antarabangsa kurang stabil, tetapi kami masih mempunyai peluang dalam bidang ekonomi, politik, keselamatan dan pelaburan.
Encik Chea Vuthy terlebih dahulu telah memperkenalkan keadaan ekonomi di Kemboja dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Beliau berkata,
“Dalam tahun-tahun yang lalu, ekonomi Komboja terus berkembang, kadar inflasi lebih rendah dan telah mencapai kemajuan dalam pambaharuan kewangan. Pada tahun 2003 dan dijangka pada 2004, ekonomi Kemboja akan berkembang dengan baik, kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2003 dan 2004 dijangka akan mencapai 6% dan 6.3%.”
Kemboja boleh memasuki pasaran antarabangsa. Sebagai salah satu negara kurang maju, Kemboja telah mendapat kelayakan Sistem Keutamaan Umum(GSP) dan Negara Paling Popular(MFN) di kalangan rakan perdagangannya, termasuk Kesatuan Eropah, A.S, Jepun, Kanada dan Australia. Kemboja sedang berusaha memperluas pasaran antarabangsanya untuk menyediakan pasaran antarabangsa yang lebih luas terhadap produknya, yang lebih penting ialah mempercepat proses liberalisasi dan modenisasi ekonomi dalam negara, meningkatkan daya persaingan Kemboja untuk mencapai taraf rantau dan antarabangsa.
Semasa menyentuh tentang dasar penggalakan pelaburan dan rancangan pelaksanaannya, Encik Chea Vuthy berkata,
“Kerajaan Kemboja mengadakan Forum yang bertema “kerajaan-badan swasta” enam bulan sekali untuk meningkatkan hubungan kerjasama dengan perusahaan swasta, terutamanya untuk membincangkan pelaksanaan dasar dan mendorong perkembangan perusahaan swasta. Kerajaan Kemboja telah meminda Undang-undang Pelaburan pada Mei 2002 dan meminda Undang-undang Kutipan Cukai pada Ogos tahun itu untuk memperbaiki suasana pelaburan, meningkatkan daya persaingan dan menarik lebih banyak pelaburan.”
Kerajaan Kemboja pada Ogos 2002 juga telah mengesahkan Undang-undang Perakaunan dan Pengauditan Syarikat, meningkatkan daya pentadbiran perusahaan, khususnya menetapkan standard perakaunan antarabangsa menguntungkan pelaksanaan dasar komersial yang dilaksanakan di Kemboja.
Encik Chea Vuthy terutamanya telah menceritakan keunggulan pelaburan di Kemboja, beliau berkata,
“Kemboja mempunyai potensi yang besar dalam sektor pertanian, tenaga kerja, industri pemprosesan, pelancongan dan lain-lain. Kemboja mempunyai sumber alam yang kaya, gaji buruh yang rendah, warisan sejarah yang cemerlang, terdapat banyak potensi yang masih belum diteroka. Kemboja memerlukan modal, kepakaran dan keilmuan profesional untuk mengubah keunggulan tersebut kepada keunggulan persaingan.”
Kemboja telah menyediakan dasar ekonomi yang kukuh untuk menjamin pertumbuhan ekonomi dan daya persaingan jangka panjang. Kerajaan Kemboja mengutamakan 6 sektor termasuk pertanian, pengangkutan, telekomunikasi, pembekalan tenaga elektrik, industri mengutamakan eksport yang memerlukan buruh yang ramai, penerokaan pelancongan dan sumber tenaga profesional.
Sebagai salah satu negara anggota ASEAN, Kemboja akan melalui beberapa tindakan untuk mendorong pembaharuan dan liberalisasi ekonomi. Kemboja juga secara aktif menyertai banyak pertubuhan rantau termasuk Subkawasan Sungai Mekong Besar, sekarang, kerajaan Kemboja sangat mementingkan untuk menganggotai WTO.
Kemboja telah mencapai perjanjian dengan banyak negara tentang kerjasama ekonomi, perdagangan luar, promosi dan perlindungan pelaburan, perlindungan hak cipta intelektual dan lain-lain.
Dasar dan tindakan tersebut telah meletakkan dasar yang kukuh kepada Kemboja untuk menuju ke arah kemakmuran. Walaupun dalam beberapa tahun lepas, Kemboja sentiasa aman dan stabil, tetapi tidak mungkin mengatasi masalah akibat perang selama 30 tahun dalam masa yang singkat. Tetapi Kemboja mencapai kejayaan yang begitu besar dalam waktu yang singkat telah meningkatkan kepercayaan masyarakat antarabangsa bahawa Kemboja boleh menghadapi cabaran dan mengatasi kesulitan dan mencapai pembangunan dan kemakmuran yang stabil dan berterusan.
Akhirnya Encik Chea Vuthy berkata,
“Saya berharap anda boleh mengetahui keadaan yang sebenar di Kemboja melalui laporan saya tersebut, saya juga secara ikhlas mengundang para pelabur datang ke Kemboja, kerana di sana terdapat banyak peluang perniagaan dan pelaburan.”
------Andika
|