Pada masa dahulu, sukan skating berirama hanya dikuasai oleh atlet-atlet Eropah dan Amerika. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, atlet-atlet Asia dengan usaha yang gigih telah mencapai kemajuan besar dalam pelbagai acara dalam sukan itu, khasnya China telah melatih pelbagai johan dunia dalam sukan skating berirama termasuk Chen Lu dalam acara perseorangan dan Shenxue/Zhao Hongbo dalam acara berpasangan.
Sukan skating berirama berasal dari Britain pada abad ke-18. Oleh sebab irama dan pertunjukannya mirip dengan tarian Balet, maka ia juga digelar sebagai “Balet di atas ais”. Taraf sukan skating berirama di pelbagai negara Eropah dan Amerika seperti Rusia dan Amerika Syarikat lebih tinggi di dunia. Sejarah sukan skating berirama di China agak baru. Taraf sukan tersebut di China juga kurang memuaskan. Bermula pada pertengahan tahun 1990-an, sukan skating berirama China baru menarik perhatian antarabangsa.
Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Lillehammer, Norway pada tahun 1994, Chen Lu telah mendapat pingat gangsa dalam acara perseorangan skating berirama dan menyumbangkan pingat pertama untuk China dalam sukan skating berirama Sukan Olimpik. Dalam Kejohanan Skating Berirama Dunia Birmingham pada tahun 1995, Chen Lu telah meraih pingat emas dalam acara perseorangan dan menjadi johan dunia China yang pertama dalam sukan skating berirama.
Selepas itu, atlet skating berpasangan, Shen Xue dan Zhao Hongbo telah mendapai pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Bandar Salt Lake, Amerika Syarikat tahun 2002. Mereka juga meraih johan acara berpasangan dalam Kejohanan Skating Berirama Dunia pada tahun 2002 dan 2003.
Dalam pertandingan Skating Berirama Dunia Piala China 2003 yang diadakan di Beijing pada awal bulan November ini, Shen Xue dan Zhao Hongbo telah memenang johan berpasangan, atlet China, Pang Qing dan Dong Jian telah menjadi naib johan, manakala atlet China, Li Chengjiang memenang pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki.
Ketika menyebut kesan terhadap atlet-atlet China, atlet terkenal Jepun yang mendapat pingat gangsa acara perseorangan wanita dalam pertandingan kali ini, Fumie Suguri berkata, “Walaupun taraf keseluruhan sukan skating berirama di Asia masih jauh ketinggalan dengan negara-negara Eropah dan Amerika, tetapi China telah mencapai taraf dunia dalam beberapa acara termasuk acara berpasangan. Saya sangat suka akan atlet China, Chen Lu. Persembahannya telah memberi kesan yang mendalam kepada saya.”
Seiring dengan peningkatan taraf sukan skating berirama China, tambahan pula China telah berjaya menganjurkan pelbagai pertandingan antarabangsa, Persekutuan Skating Antarabangsa amat beroptimis terhadap potensi China dalam acara tersebut. Pada bulan April tahun ini, Majlis Persekutuan Skating Antarabangsa secara rasmi meluluskan resolusi bahawa China menggantikan Jerman menjadi salah satu antara enam buah negara penganjur Pertandingan Skating Berirama Dunia. Naib Pengerusi Persatuan Skating China, Ren Hongguo berkata, menganjurkan pertandingan tersebut akan meningkatkan taraf sukan skating berirama China.
“Sebab yang pertama, atlet-atlet yang menyertai pertandingan itu merupakan atlet yang terunggul di dunia. Oleh sebab China merupakan pihak penganjur, maka atlet-atlet China dapat menyertai pertandingan itu walaupun taraf mereka belum mencapai taraf dunia. Ini pasti akan menberi pengalaman yang baik kepada atlet-atlet China. Sebab yang kedua, menganjurkan pertandingan serupa itu juga akan memberi manfaat bagi melatih bakal atlet skating berirama China. Sekarang di Beijing terdapat dua tiga buah kelab skating berirama. Ramai peminat mula menjalani latihan dalam sukan skating sejak kecil. Jika mereka boleh menyaksikan persembahan atlet-atlet bertaraf dunia, ini pasti akan memberi kesan mendalam kepada mereka.”
Walaupun acara berpasangan skating berirama China telah mencapai taraf dunia, tetapi tahap keseluruhan sukan skating berirama di China masih jauh ketinggalan dengan taraf dunia. Ketika menyebut kelemahan sukan skating berirama di China, pegawai penerangan Persekutuan Skating Antarabangsa, Mario Meinel berkata,
“Kami memahami bahawa sukan skating berirama kurang popular di China. Ramai orang belum mengetahuinya. Kesannya di China jauh berbeza dengan sukan Ping Pong dan bola keranjang. Tetapi, saya berpendapat, seiring dengan kejayaan atlet-atlet skating berirama China dalam pertandingan dunia, seiring dengan laporan media massa China terhadap sukan tersebut yang semakin bertambah, dan seiring dengan peningkatan jumlah penaja, masa depan sukan skating berirama China amat cerah.”
----Wenwen
|