
Menurut berita CRI, China akan mengadakan aktiviti Minggu Kebudayaan Tibet China 2003 di Thailand pada 5 hingga 18 Disember untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Thailand dan Ulang tahun ke 76 Raja Thailand Bhimibol Adulyadej pada 5 Disember. Seramai 70 orang anggota delegasi itu tiba di Bangkok Thailand hari ini untuk mengadakan lawatan bersahabat ke Thailand.
Sebelum delegasi itu bertolak, Ketua delegasi yang juga Naib Pengerusi Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Tibet China Encik Pelma Trile semasa diwawancara oleh pemberita radio kami berkata bahawa tiga acara akan diadakan dalam tempoh Minggu Kebudayaan Tibet China kali ini yang mempunyai ciri-ciri yang menarik . Pertama ialah pertunjukan kesenian Tibet, kedua ialah pameran foto filem dan TV Tibet dan ketiga ialah penubuhan delegasi pertukaran sami Buddha ternama Tibet dan pakar ilmu Tibet. Kami berkeyakinan dengan adanya Minggu Kebudayaan Tibet China di Thailand kali ini dapat mengintensifkan pertukaran dan perbincangan antara Tibet China dengan Thailand dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kebudayaan dan pelancongan.
|