Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-12-02 22:03:22    
Istana Potala di Lhasa, Tibet China

CRI

Istana Potala terletak di puncak dan lereng Gunung Hongshan di pusat Bandar Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet di barat daya China. Istana yang megah itu dibina di lereng gunung dan digelar sebagai “mutiara di bumbung dunia”. Istana itu merupakan bangunan tipikal yang terbaik dalam seni bina etnik Tibet China dan juga merupakan salah sebuah bangunan purba China yang paling terkenal.

Istana Potala merupakan tempat kediaman Dalai Lama jenerasi-jenerasi dahulu. Selain tempat kegiatan politik dan keagamaan, ia juga merupakan bangunan purba bertingkat yang paling besar di Tibet. Menurut catatan buku sejarah, Istana Potala mula dibina pada masa pemerintahan Songzanganbu kerajaan diraja Tibet pada abad ke-7 Masihi. Istala Potala yang dikelilingi oleh 3 lapis tembok itu adalah pusat politik kerajaan diraja Tibet pada masa yang lampau. Pada abad ke-9, kerajaan diraja Tibet musnah dan Tibet mengalami perang saudara dalam masa yang panjang. Istana Potala yang dinamakan Istana Hongshan pada ketika itu juga kian hari semakin banyak yang runtuh. Bermula tahun 1645, Dalai Lama ke-5 membina semula Istana Potala, bangunan utama Istana Potala dibina semula selama kira-kira 50 tahun dan seluruh istana dibina semula selama 300 tahun.

Istana Potala 13 tingkat dan setinggi 110 meter. Istana itu dibina dengan batu dan kayu. Tembok istana itu dibina dengan batu geranit. Tembok yang paling tebal mencatat 5 meter. Demi menambah kekukuhannya, kerangka besi telah diletakkan dalam lapisan tembok. Dengan cara ini, masalah menyelamatkan diri daripada serangan petir juga telah diselesaikan.

Istana Potala terdiri daripada Istana Putih di bahagian timur, Istana Merah di bahagian tengah dan rumah lama berwarna putih di bahagian barat.

Kerana Istana Potala dibina di lereng gunung, maka bangunan itu sangat tinggi dan megah, strukturnya selaras dan mencapai taraf tinggi dalam estetika seni bina.

Istana Potala merupakan tempat penginapan Dalai Lama, manakala Istana Merah merupakan beberapa dewan Buddha dan tempat pagoda didirikan sebagai makam Dalai Lama jenerasi-jenerasi dahulu. Antara paguda-pagoda tersebut yang paling mewah ialah pagoda sebagai makam Dalai Lama ke-5 Luosangjiacuo. Pagoda itu setinggi 15 meter, pagoda itu terletak pada dasar yang berbentuk empat segi. Mayat Dalai Lama ke-5 Luosangjiacuo dipelihara dengan rapi dan disimpan dalam pagoda itu. Pagoda itu disalut dengan 3,724 kilogram emas dan sebanyak lebih 15 ribu butir berlian, permata, jed, mutiara dan batu akik yang berharga. Banyak alat persembahan tersimpan dalam dasar pagoda itu. Dewan Barat merupakan dewan yang paling besar dalam Istana Merah. Dewan yang setinggi 6 meter itu ditongkat oleh 48 buah tiang besar. Dewan itu dibina dengan cara yang menggabungkan seni bina Tibet dan bangsa Han. Terdapat sejumlah besar pahatan kayu ukiran patung Buddha, singa, gajah dan binatang lain dalam dewan itu.

Dalam pembinaan semula Istana Potala semejak abad ke-17, pelukis terbaik di Tibet telah menggubah puluhan ribu lukisan dinding yang cantik pada dewan-dewan, laluan dan koridor dalam Istana Potala. Lukisan-lukisan tersebut telah menceritakan kisah tentang tokoh sejarah, kitab Buddha, bangunan, adat-resam rakyat, sukan dan aktiviti hiburan.

Lukisan-lukisan tersebut adalah karya kesenian yang mempunyai nilai tinggi. Selain itu, dalam Istana Potala juga tersimpan 10 ribu buah barang kesenian seperti pahatan batu, kayu dan tanah liat, artifak sejarah seperti kitab agama Buddha yang ditulis pada daun pokok serta barang kesenian kraf tangan tradisional seperti permaidani etnik Tibet, barang tembikar dan jed. Barang-barang kesenian tersebut bukan sahaja mempunyai nilai kesenian yang tinggi, tetapi juga telah mencerminkan pertukaran bersahabat dan pertukaran kebudayaan antara bangsa Han dan etnik Tibet dalam sejarah selama lebih seribu tahun yang lalu.

Pada tahun 1994, Istana Potala disenaraikan oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia.