Etnik Tibet China yang tinggal di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang digelar sebagai “bumbung dunia” bukan sahaja memunyai keistimewaannya dalam kebudayaan, tetapi juga mempunyai keunikan dalam reka bentuk rumah kediaman tradisional disebabkan oleh persekitaran muka buminya yang istimewa.
Rumah kediaman tradisional etnik Tibet telah bersejarah lama. Banyak tempat peninggalan rumah kediaman etnik Tibet pada Zaman Batu Baru iaitu pada kira-kira 4 ribu tahun yang lalu telah ditemui. Kerana kawasan yang didiami oleh etnik Tibet sangat luas, maka jenis dan bentuk rumah kediaman tradisional etnik Tibet juga bermacam-macam dan masing-masing mempunyai keistimewaannya. Pelbagai jenis rumah kediaman tradisional Tibet terutamanya meliputi rumah kubu di kawasan lembah di selatan Tibet, rumah kemah di kawasan penternakan di utara Tibet dan rumah kayu di kawasan hutan di kawasan aliran Sungai Yaluzangbu. Antaranya rumah kubu merupakan bentuk rumah kediaman tradisional Tibet yang utama.
Rumah kubu di Tibet juga dinamakan “bangunan kubu”. Bangunan tersebut umumnya bertingkat 2, 3 atau 4. Dasar dan atap bangunan tersebut berbentuk 4 segi, tetapi dasarnya besar dan atapnya kecil, atapnya rata. Di bandar, struktur dalam rumah kubu sempurna, reka bentuknya cantik dan hiasan dalam rumah kubu berwarna-warni. Manakala rumah kubu di kampung umumnya dibina di kaki atau lereng gunung yang mudah menahan serangan dari luar dan dapat disinari oleh cahaya mata hari yang cukup. Tembok rumah kubu dibina dengan batu, tembok rumah kubu biasanya tebal, ada tembok rumah kubu malah setebal 1 meter. Tingkap pada tembok rumah kubu kecil dan juga sedikit, nampaknya bentuk rumah kediaman itu benar-benar serupa dengan kubu pertahanan dan kelihatan sangat kukuh. Rumah kubu terutamanya terdiri daripada 3 jenis iaitu bentuk bangunan, menara dan tunggal.
Tembok rumah kubu bentuk bangunan umumnya tinggi, atapnya merupakan pelantar yang rata. Di atas pelantar bumbung rumah, cahaya matahari dapat menyinari ruang tersebut dan penghuninya boleh bergerak bebas.
Rumah kubu bermenara merupakan rumah kubu yang mempunyai beberapa bilik tinggi yang berbentuk menara. Bilik-bilik yang tinggi tersebut biasanya adalah tempat menyimpan kitab agama dan tempat bersembahyang. Rumah kubu seumpana itu merupakan bangunan utama di sesebuah kawasan.
Rumah kubu tunggal merupakan rumah yang tersendiri dan tidak mempunyai pekarangan. Rumah kubu tunggal merupakan rumah kediaman yang paling banyak di kawasan Tibet. Kebanyakan rumah kubu tunggal terletak berselerak di lembah antara gunung dan sungai. Di kampung, rumah kubu tunggal berserak di sana sini dan disambungkan oleh jalan yang dipasang dengan ketulan dan papan batu yang memperlihatkan corak tempatan dan etnik yang istimewa.
Di kawasan penternakan Tibet, tingkat bawah rumah kubu digunakan sebagai tempat memelihara ternakan, tingkat kedua ialah bilik tidur, dapur dan bilik simpanan, manakala tingkat tiga biasanya merupakan bilik menyimpan kitab dan bilik sembahyang. Pelantar di atap rumah kubu sering digunakan sebagai tempat menjemur padi yang dituai pada musim gugur. Rakyat etnik Tibet menganut agama Lama, satu mazhab agama Buddha yang dipuja tinggi di kawasan Tibet dan Mongolia Dalam China, maka setiap rumah kubu etnik Tibet telah disediakan satu sudut untuk meletakkan arca Buddha dan kitab agama Buddha. Rakyat etnik Tibet tidak menggunakan meja, kerusi dan katil, mereka duduk dan tidur di atas tikar yang dihampar di lantai.
Etnik Tibet menggemari hiasan yang bercorak keagamaan. Hiasan utama di luar rumah kubu berbeza dengan hiasan rumah etnik lain ialah 5 helai kain panjang berwarna merah, putih, biru, kuning dan hijau yang digantung di pinggiran atap rumah kubu. Dengan hiasan yang bercorak istimewa tersebut, rakyat etnik Tibet memohon doa restu dan rahmat.
Saudara pendengar, demikian tadi telah saya perkenalkan rumah kubu, rumah kediaman etnik Tibet China yang mempunyai keistimewaannya. ----Li Jian
|