Kebanyakan penduduk etnik Tibet yang menetap di dataran tinggi Qinghai-Tibet bahagian barat daya China merupakan penduduk etnik minoriti China yang mempunyai ciri-ciri sendiri setiap tahun. Mereka akan merayakan 100 perayaan.
Budaya menyambut perayaan penduduk etnik Tibet merupakan bahagian komponen yang penting dalam budaya adat-resam etnik tersebut. Perayaan tersebut berkaitan erat dengan faktor agama dan budaya yang mempunyai sejarah lama dan adat –resam penduduk tersebut yang unik.
Tahun Baru Tibet dirayakan dengan paling meriah oleh penduduk etnik Tibet. Tahun Baru Tibet ditetapkan pada bulan Februari atau Mac sama seperti Tahun Baru etnik Hanzu.
Penduduk etnik Tibet menyediakan banyak makanan untuk menyambut Perayaan Tahun Baru Tibet mulai bulan Disember. Mereka meredam benih Barli Qingku ke dalam besen dan disembahkan kepada patung Buddha pada 1 Januari menurut Kalendar Tibet untuk memohon doa kemakmuran pertanian pada tahun akan datang. Pada awal perayaan Tahun Baru Tibet, mereka juga akan membersihkan kediaman dan pekarangan rumah mereka.
Kebanyakan penduduk etnik Tibet menganut agama Buddha Tibet. Oleh itu, Tahun Baru Tibet diliputi suasana agama Buddha. Setiap keluarga akan memasak sejenis makanan ruji yang diperbuat daripada tepung gendum menjelang malam Tahun Baru itu.
Lagu rakyat Zhega, sejenis kesenian kalangan rakyat yang dipersembahkan pada perayaan Tahun Baru. Pada hari itu, segenap anggota keluarga memakai pakaian baru. Suri rumah menyembahkan makanan seperti barli Qingko, kepala kambing dan pelbagai jenis gula yang melambangkan aman sentosa kepada patung Buddha. Kemudian para penduduk berkumpul bersama-sama untuk menikmati makanan yang disediakan. Pada perayaan itu, penduduk etnik Tibet menziarahi sanak saudara, mengadakan acara melompat, pertandingan tarik tali, lumba kuda dan menanah. Aktiviti perayaan tersebut akan disambut selama 15 hari.
Selain Tahun Baru Tibet, perayaan Xuedun juga merupakan perayaan tradisional bagi penduduk etnik Tibet. Penduduk bandar Lhasa Pubu Ciren berkata bahawa segenap anggota keluarga etnik Tibet sentiasa merayakan perayaan itu di luar kerana cahaya matahari terang benderang pada waktu itu. Sebab itu perayaan Xuedun diadakan pada 30 Jun Kalendar Tidbet setiap tahun. Pada ketika itu, dimana-mana penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga yang mekar, udara yang bersih. Mereka berjalan-jalan ke luar bandar makan angin. Perayaan Xuedun pada asalnya merupakan majlis jamuan mentega yang diadakan semasa musim panas dan musim bunga. Perayaan Xuedun berkaitan dengan agama Buddha di Tibet. Pada waktu itu, para penganut Buddha tidak keluar dari kuil mereka selama beberapa bulan kerana mengelakkan membunuh serangga. Pada akhir musim panas, para penganut Buddha diizinkan keluar dari kuil mereka untuk menikmati mentega yang dimasak oleh penduduk etnik Tibet sesndiri.
Sekarang, perayaan Xuedun secara beransur-ansur berubah menjadi pesta Opera Tibet. Dalam tempoh perayaan itu, penduduk etnik Tibet sering kali berkunjung ke hutan atau padang rumput, orang muda gemar menyanyi dan menari. Warga tua sentiasa menonton pertunjukkan opera Tibet pada wakti itu.
Penduduk etnik Tibet merayakan banyak perayaan baru. Pakar adat-resam penduduk Tibet Dawa berkata bahawa terdapat banyak perayaan baru di Tibet. Antaranya temasuk Pesta Kebudayaan Zhumulingma. Pesta Budaya Yalong Selatan. Pesta Budaya Azatea Linzhi. Pesta kesenian Kangqu Changdu. Perayaan tersebut meningkatkan pertukaran budaya, pembangunan budaya dan merupakan perayaan penduduk etnik Tibet yang menetap di dataran tinggi Qinghai-Tibet.
Penduduk etnik Tidbet yang menetap di Wilayah Autonomi Etnik Tibet tersebut selain merayakan perayaan yang ditetapkan oleh negara, mereka juga bercuti dalam tempoh perayaan yang disambut oleh pelbagai etnik yang lain. Menyentuk tentang hal tersebut, pegawai Bahagian Hal-Ehwal Agama Etnik–Etnik Wilayah Autonomi Tibet, Encik Louny berkata bahawa penduduk etnik Tibet selain merayakan Tahun Baru China 1 Mei dan 1 Oktober di China sekarang, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet juga menetapkan Tahun Baru Tibet, perayaan Xuedun Lhasa dan lain-lain ditetapkan sebagai parayaan tradisional bagi penduduk etnik Tibet untuk meneruskan sepenuhnya budaya tradisional dan adat-resam penduduk etnik Tibet.
----Hui Ling
|