Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-12-04 16:58:41    
China Melalui Penganugerahan Hadiah Mendorong Kemajuan Sains Dan Teknologi

CRI
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah melaksanakan sistem penganugerahan hadiah sains dan teknologi baru. Insentif itu amat menggalakkan ahli sains mengadakan penciptaan dan menggalakkan mereka menggunakan hasil tersebut dalam pembangunan ekonomi dan sosial.

Baru baru ini, China telah mengadakan majlis penganugerahan hadiah sains dan teknologi yg diadakan setahun sekali, pemimpin pemimpin China antara lain Jiang Zemin, dan Hu Jintao telah menganugerahkan hadiah kpd para pemenang. Media massa China turut melaporkan peristiwa itu sehingga masyarakat China telah memberi tumpuan terhadap majlis anugerah sains dan teknologi tersebut.

Menteri Sains Dan Teknologi China Xu Guanhua menjelaskan bhw China menyediakan hadiah sains dan teknologi peringkat negara, adalah untuk meningkatkan reputasi anugerah sains dan teknologi, dan juga berharap dgn adanya anugerah itu, menggalakkan pemuda pemudi giat berkerja dalam kerjaya sains dan teknologi. Beliau berkata,

“Menyediakan Hadiah Sains Dan Teknologi Peringkat Negara, dan menyebarkan maklumat tentang pengalaman perjuangan para pemenang, boleh menggalakkan ramai ahli sains terus mencipta pengetahuan baru, mendorong pemuda pemudi mencintai sains dan mempelajari sains supaya mewujudkan suasana menghormati ahli sains dalam masyarakat.”

Antara semua hadiah sains dan teknologi peringkat negara, yg paling utama ialah: Hadiah Sains Dan Teknologi Peringkat Negara yg khususnya dianugerahkan kpd orang perseorangan. Jumlah hadiahnya mencapai 5 juta yuan RMB, termasuk hadiah wang tunai yg terbanyak di China.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Anugerah Hadiah Sains Dan Teknologi Negara China Encik Hu Xiaojun menjelaskan bhw dasar penganugerahan hadiah sains dan teknologi telah menggalakkan ahli sains berusaha mencipta penemuan baru, menggalakkan mereka menggunakan hasil penciptaan tersebut dalam pembangunan ekonomi dan perkembangan sosial, supaya dapat mendorong lebih banyak hasil sains dan teknologi digunakan dalam perdagangan dan industri. Beliau berkata,

“Setelah 4 tahun tidak ada penerima yg layak, akhirnya pemenang Hadiah Kelas Pertama Sains Alam Negara diumumkan, projek yg mendapat Hadiah Sains Alam Negara dan Hadiah Kelas Kedua Reka Cipta Teknologi Peringkat Negara juga bertambah berbanding tahun tahun yg lalu. Ia mencerminkan negara China telah mencapai peningkatan dalam bidang penciptaan baru.”

Profesor Yin Weilun dari Universiti Perhutanan Beijing telah memenangi Hadiah Kelas Kedua Kemajuan Teknologi Sains Peringkat Negara tahun 2002. Beliau menjelaskan bhw negara China mengutamakan pembangunan sains dan teknologi dgn melaksanakan dasar sains dan teknologi serta mewujudkan anugerah yg telah menggalakkan beliau mencapai kejayaan itu sekarang. Beliau berkata,

“Dasar sains dan teknologi baik yg dijalankan oleh negara China menyediakan syarat dan peluang kpd kami untuk mengadakan kajian sains dan teknologi, dan menggalakkan kami giat mengadakan pengkajian terhadap teori sains dan turut mencapai kemajuan.”

----AZMI