Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri Thailand yang Bertanggung-jawab Terhadap Hal-Ehwal Agama Wisanu Krea-ngam semasa menemui delegasi Minggu Kebudayaan Tibet China di Bandar Buddha, tanah suci Buddha Thailand hari ini berkata bahawa aktiviti Minggu Kebudayaan Tibet China yang dirasmikan di Bangkok pada 5 Disember bererti penting untuk mengintensifkan pertukaran kebudayaan dan keagamaan antara Thailand dan China .
Wisanu Krea ngam berkata bahawa Minggu Kebudayaan Tibet China bukan sahaja membolehkan rakyat Thailand mengetahui keadaan Tibet, tetapi juga meningkatkan secara berterusan pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang kebudayaan dan keagamaan.
Ketua delegasi Minggu Kebudayaan Tibet China dan juga Naib Pengarah Pejabat Penerangan Dewan Negara China Encik Li Bing berkata bahawa kerajaan China berharap agar memperkenalkan kebudayaan etnik Tibet kepada rakyat Thailand melalui Minggu Kebudayaan Tibet China kali ini. Serentak itu juga berharap agar tokoh-tokoh kalangan agama Buddha kedua-dua negara mengadakan pertukaran keilmuan dalam tempoh aktiviti itu.
|