Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-12-05 10:28:32    
Projek Bekalan Gas Dari Barat Ke Timur Bermanfaat Bagi Penduduk Tinggal Di Kawasan Sepanjangnya

CRI
Projek bekalan gas dari barat ke timur adalah suatu projek bekalan gas yang penting yang sedang dilaksanakan di China. Projek dengan kos pelaburannya tinggi itu merupakan tindakan kerajaan China untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan barat.

Projek belakan gas dari barat ke timur telah dibina dari Tarimu Wilayah Autonomi Vygur Xinjiang barat China ke kawasan delta Sungai Yangtze provinsi Jiangsu dan Bandar Shanghai di bahagian timur melalui 10 provinsi, Bandar dan Wilayah Autonomi antaranya termasuk Xinjiang, Shenxi, Jiangsu dan Shanghai, panjang paip gas itu mencatat kira-kira 4 ribu kilometer. Projek itu mulai dibina pada 4 Julai tahun 2002.

Sejak projek belakan gas dari bara tke timur dirasmikan pada 4 Julai tahun lalu. Projek belakan gas dari barat ke timur dilaksanakan dengan teratur. Kira-kira 20 ribu orang pekerja dengan bersungguh-sungguh. Kami bekeyakinan dapat membekalkan gas untuk tujuan perdagangan kepada Shanghai pada 1 Januari 2004.

Projek bekalan gas dari barat ke timur merupakan salah satu projek terbesar di China untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi kawasan barat. Kerajaan China berharap agar dapat membekalkan gas asli yang kaya ke kawasan timur, mendapatkan pasaran sumber galian untuk kawasan barat supaya mengintensifkan pertumbuhan ekonomi bahagian barat dan kawsasan sepanjangnya.

Para buruh memberitahu wartawan bahawa taraf kehidupan seorang penggembala etnik Vygur yang membekalkan air teh kepada para buruh semasa pasukan pembina memasang paip saluran gas di Xinjiang telah bertambah baik. Sesetengah keluarga yang bekerja mengangkut barang-barang keperluan harian untuk pasukan pembina tersebut dengan kenderaan pertanian telah berjaya menambah pendapatan mereka.

Seorang pegawai Syarikat Paip Gas di Xinjiang, Encik Shi Yu Hai berkata bahawa demi memudahkan pelaksanaan projek tersebut, sebatang jalan raya yang panjang lebih 600 kilometer telah dibina di Xinjiang, Perjalanan dari Kurle, Xinjiang ke kawasan Xinjiang dan provinsi Gansu pendekkan kira-kira 200 kilometer, ini juga memudahkan pengangkutan kepada perusahaan mencari-gali bahan galian tempatan.

Dimaklumkan bahawa perusahaan mencari-galian gas asli dan pemasangan paip saluran tersebut membayar cukai kepada kerajaan tempatan purata setiap tahun selepas projek itu selesai dibina. Keperluan bahan-bahan binaan dari sejumlah besar saluran gas asli, laluan paip, projek perlindungan hydrologi mengintensifkan pembangunan pasaran bahan-bahan binaan tempatan dan memainkan peranan besar terhadap pembangunan hotel restoran dan lain-lain.

Kawasan delta Sungai Yangtze merupakan salah satu kawasan maju dalam pertumbuhan ekonomi China. Permintaan terhadap produk perusahaan teknologi dan peralatan keperluan kehidupan seharian penduduk tempatan berdasarkan sumber bersih adalah agak tinggi. Difahamkan permintaan tahuan terhadap arang batu di Shanghai mencatat lebih 40 juta tan. Oleh itu, sekalipun projek itu masih dibagnunkan, akan tetapi, banyak penduduk berharap agar projek bekalan gas dari barat ke timur dijelaskan dengan segera untuk memenuhi keperluan gas asli yang bersih untuk memperbaiki alam sekitar dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi tempatan.

Menurut perancangan projek tersebut, gas asli yang dibekalkan dari Xinjiang boleh digunakan di Bandar Shanghai pada 1 Januari 2004.

Projek tersbeut membawakan perubahan positif kepada pelbagai provinsi, wilayah autonomi dan Bandar di sepanjang projek itu, baik kawasan barat, maupun kawasan timur China. Ia bukan sahaja menambah saluran sumber bahan bekar, tetapi juga meningkatkan pertumbuhan ekonomi antara kawasan barat dengan kawasan timur, bermanfaat bagi peningkatan pembangunan bersama antara kawasan barat dan timur China.

---HUILING