Baru baru ini, banyak media China telah melaporkan seorang warga A.S datang ke China mencari bantuan untuk anak perempuan angkatnya yg mengalami penyakit leukemia. Untuk membantu anak perempuan yg bernama Kaili tersebut, ramai orang China telah menderma air sumsum tulang.
Kaili yg berumur 6 tahun pada masa itu merupakan anak yatim, dan sebelum berumur 1 tahun, dia tinggal di Rumah Kebajikan di Provinsi Hunan, bahagian tengah China. Kemudian, Kaili dipelihara oleh Puan Linda Wells dan suaminya dari Negeri New Mexico, A.S. Keluarga Linda sangat menyayangi Kaili dan kehidupan Kaili kembali bahagia. Waktu Kaili berumur 5 tahun, dia dikesan mengidap penyakit Leukemia. Cara pengubatan yg paling berkesan ialah pemindahan air sumsum tulang. Dgn demikian, doktor untuk Kaili pernah menyuruh mereka mencari di Pusat Air Sumsum Tulang di sejumlah negara Eropah dan A.S, tetapi, kerana kebanyakan penderma air sumsum tulang di Eropah dan A.S ialah orang kulit putih, orang Cina agak kurang, mereka gagal mendapat air sumsum yg sesuai dgn Kaili. Jadi, ibu Kaili—Puan Linda datang ke China dan berharap dapat menemui penderma yg sesuai. Beliau berkata,
“Kali ini saya datang ke China, bertujuan untuk meminta rakyat China membantu keluarga saya menyelamatkan Kaili. China memberi jiwa kpdnya, dan sekarang saya dgn ikhlas berharap rakyat China dapat memberi jiwa kali kedua kpdnya.”
Difahamkan bhw untuk membantu Kaili, kaki-tangan Pusat Air Sumsum Tulang China segera mencari 50 ribu sampel air sumsum simpanan mereka. Tetapi tidak dapat menemui air sumsum yg sesuai dgn Kaili. Untuk menyelamatkan Kaili, pegawai air Sumsum Tulang China melalui surat akhbar, stesen radio, TV dan laman web, menyeru seluruh masyarakat supaya lebih ramai orang menderma air sumsum tulang.
Cerita Kaili dan kasih Puan Linda terhadap anak angkatnya amat mengharukan rakyat China. Sekarang, Pusat Air Sumsum Tulang China setiap hari menerima lebih 400 panggilan telefon dari pelbagai tempat di seluruh negara, mereka menyatakan ingin menderma air sumsum dan menyelamatkan Kaili. Serentak itu, ramai orang melakukan pemeriksaan air sumsum tulang mereka.
Di Pusat Pemeriksaan Air Sumsum Tulang China di bandar Beijing, wartawan kami berjumpa Encik Liu Jing yg bersama-sama dgn isterinya yg melakukan pemeriksaan. Beliau berkata,
“Apabila mengetahui berita tentang Kaili, kami berasa harus membantunya. Barang kali kami tidak dapat membantu banyak, tetapi jika menderma air sumsum tulang, kami boleh.”
Cik Sun Jie—seorang jururawat dari Beijing juga telah menderma air sumsumnya, beliau berkata,
“Saya terharu akan hal tersebut. Sepasang ayah dan ibu angkat negara asing pun bersedaya-upaya menyelamatkan anaknya, tambah lagi dia ialah anak orang China, saya bersedia untuk membantunya.”
Setakat ini, terdapat seramai lebih 10 ribu orang di China telah melakukan pemeriksaan, tetapi masih belum menemui air sumsum yg sesuai dgn Kaili. Encik Hong Junling, pegawai Pusat Air Sumsum Tulang China menyatakan bhw kerja itu akan diteruskan. Beliau berkata,
“Ia sebuah cerita yg mengharukan seorang warga ibu A.S menyelamatkan anak perempuan angkatnya, dan juga adalah aktiviti bagi pelbagai kalangan masyarakat menyumbangkan kesayangan kpd Kaili.”
----AZMI
|