Menurut berita CRI, Perdana Menteri China Wen Jiabao dan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra hari ini masing-masing mengutus surat untuk menyampaikan tahniah mereka kepada Minggu Kebudayaan Tibet China yang akan diadakan di Bangkok Thailand.
Dalam surat tahniah Wen Jiabao berkata, aktiviti Minggu Kebudayaan Tibet China kali ini dapat memperkenalkan Tibet serta kebudayaannya yang menarik kepada rakyat Thailand, ia akan memainkan peranan penting bagi meningkatkan hubungan persahabatan antara China dan Thailand serta rakyat kedua-dua negara.
Dalam surat tahniah, Thaksi berkata Thailand dan China telah memelihara hubungan persahabatan yang rapat dalam jangka panjang dan sedang berusaha menjalinkan hubungan rakan kerjasama strategi yang menyeluruh.
|