Menurut berita CRI, Minggu Kebudayaan Tibet China malam semalam dirasmikan di Bangkok, ibu negara Thailand. Perdana Menteri China Wen Jiabao dan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra masing-masing mengutuskan surat untuk menyampaikan tahniah sebelum itu.
Naib Perdana Menteri Thailand Wisanu Krea-ngam, ketua Delegasi Minggu Kebudayaan Tibet China Li Bing, Duta Besar China ke Thailand Yan Tingai serta lebih 2000 orang tokoh-rokoh pelbagai palisan masyarakat Thailand menyertai majlis perasmian. Wisanu Krea-ngam dan Li Bing masing-masing menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Minggu Kebudayaan Tibet China akan memaparkan kebudayaan dan adat resam Tibet China yang bersejarah lama dan istimewa melalui persembahan nyanyian dan taraian Tibet, pertukaran tokoh-tokoh kalangan agama kedua-dua negara China dengan Thailand, pameran gambar, siaran filem dan TV.
|