Jumlah petani di China berjumlah 900 juta orang. Matlamat masyarakat kaya tidak dapat diwujudkan jika petani tersebut kurang sihat. Kerajaan China mengambil beberapa tindakan untuk menyempurnakan sistem kesihatan awam di desa selepas wabak SARS berjaya dikawal, ini menandakan pembaharuan akan dilaksanakan dalam bidang perubatan di desa.
Menurut "Projek Pelaksanaan Sistem Perubatan Kerjasama di Desa yang Dibentuk di Bandar Beijing", sebanyak 3 juta petani Beijing akan menikmati perubatan secara terancang; kerajaan provinsi Hebei merancang membentuk pada asasnya sistem perubatan kerjasama di desa di seluruh provinsi dalam tempoh 7 tahun; manakala kerajaan provinsi Henan akan memperuntukkan sebanyak 240 juta Yuan RMB untuk membina 600 klinik di desa dalam tempoh 3 tahun dan menjalankan ujian perubatan kerjasama di desa di 18 kaunti yang terpilih.
Kerana mekanisme subsidi kerajaan kurang cukup, perkhidmatan pencegahan dan rawatan pesakit awam di desa kurang sempurna, sehingga ramai petani sukar mendapat rawatan dan perubatan yang baik.
Sebenarnya, sistem perubahan di desa China pernah agak sempurna pada tahun 1960-an hingga tahun 1970-an, sistem tersebut menyediakan jaminan perubatan dan kesihatan peringkat rendah kepada kaum tani melalui sistem perubatan kerjasama. Akan tetapi, seiring dengan pembaharuan dilaksanakan terhadap sistem perubatan dan kesihatan, cara perubatan kerjasama yang lama di desa dibatalkan beransur-ansur, sehingga kadar petani yang menikmati sistem perubatan kerjasama itu lebih rendah daripada 10%.
Jumlah anggota pegawai kesihatan kurang banyak di desa, belanja kesihatan berkurang dari setahun ke setahun, sehingga klinik dilelongkan di kebanyakan tempat.
"Sistem kesihatan awam di desa kurang sempurna menyebabkan matlamat masyarakat kaya sukar diwujudkan di desa China." Demikian dinyatakan oleh Prof. Xue Lan, Naib Presiden Institut Pengurusan Awam Universiti Tsinghua China.
Sekarang, memainkan peranan penting untuk menyediakan syarat kesihatan yang baik kepada kaum tani menjadi tugas penting kerajaan China.
Pertama, peruntukan kewangan harus ditingkatkan untuk membayar hutang dalam kos biaya perubatan dalam tempoh banyak tahun yang lalu. Menurut maklumat petugas Kementerian Kesihatan China berkaitan, kerajaan akan memperuntukkan lebih 10 bilion Yuan RMB untuk membentuk sistem kesihatan awam negara untuk menghadapi kejadian kecemasan, membentuk pusat kawalan penyakit peringkat ke-3 dari pusat ke kaunti, menjamin setiap kaunti memiliki hospital penyakit berjangkit dan kawasan mencegah penyakit berjangkit. Di samping itu, beberapa puluh bilion Yuan RMB akan diperuntukkan untuk meningkatkan pembangunan kemudahan infrastruktur pusat kesihatan peringkat kaunti dan klinik di mukim dan pekan, menstandardkan mekanisme subsidi badan kesihatan di desa, meningkatkan latihan terhadap jururawat dan doktor di sana.
Kedua, mengubah cara kerja daripada menumpukan perhatian terhadap perubatan kepada pencegahan penyakit, membentuk dan menyempurnakan jaringan pencegahan penyakit berjangkit dan kesihatan di selulruh desa.
Dan ketiga, kerajaan harus meminda kebanyakan peruntukan untuk bidang kesihatan di desa, meningkatkan penyeliaan, membentuk sistem insurans perubatan kerjasama di desa dan sistem bantuan perubatan, agar kaum tani mendapat manfaat sepenuhnya.
----Ching
|