Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-12-08 15:15:09    
Minggu Kebudayaan Tibet China 2003

CRI
Minggu Kebudayaan Tibet China 2003 telah diadakan di Bangkok Thailand dan 3 provinsi lain di negara itu iaitu Chiang Mai, Udonthani dan Nakhon Srithamarat Thailand pada 4 sehingga 18 Disember.

Kawasannya terletak di bahagian barat China indah dan menarik. Di sana bukan sahaja terdapat Gunung Himalaya, Sungai Yarlung Zangbo yang berliku-liku, rumah berhala, jubah merah dan hada putih, tetapi juga terdapat muzik yang merdu, itulah Wilayah Autonomi Tibet.

Demi meningkatkan persefahaman rakyat Thailand terhadap Tibet China, “Minggu Kebudayaan Tibet China” telah diadakan lagi di Thailand pada tahun ini, selepas ia diadakan dengan berjaya di Australia, New Zealand, Belgium dan Kanada. Ini merupakan aktiviti budaya berskop besar tentang Tibet yang diadakan buat kali pertama oleh Kerajaan China di pelbagai negara yang bersahabat, ini juga merupakan aktiviti penting dalam pertukaran kebudayaan antara kedua-dua negara China dan Thailand. Dalam Minggu kebudayaan itu akan diadakan pelbagai aktiviti, antaranya persembahan nyanyian dan tarian Tibet, pertukaran lawatan pendeta agama Buddha Tibet, pameran foto, filem dan T.V. untuk mencerminkan sejarah, kebudayaan bersejarah di Tibet dan adat resam yang unik di Thailand. Delegasi China yang dianggotai 70 orang yang diketuai oleh Naib Pengerusi Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Tibet , Encik Pelma Trile tiba di Thailand untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Sebelum delegasi itu berangkat, pemberita radio kami telah mewawancara Ketua Setiausaha delegasi yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Negara China, Encik Dong Yunhu, beliau berkata: Aktiviti “Minggu Kebudayaan Tibet China 2003” mendapat perhatian dari kerajaan kedua-dua negara China dan Thailand. Perdana Menteri China Wen Jiabao telah menyampaikan tahniah untuk aktiviti kali ini; Kini, kami telah menerima surat tahniah daripada 3 Naib Perdana Menteri Thailand. Kementerian Luar, Kementerian Kebudayaan, Jabatan Keagamaan, Suruhanjaya Agama Buddha Negara Thailand dan Kumpulan “Akhbar Maneger” Thailand yang menganjurkan aktiviti kali ini telah memberi sokongan yang besar. Pelbagai kalangan masyarakat di Thailand juga memberi perhatian terhadap aktiviti Minggu Kebudayaan kali ini.

Semasa menyentuh tentang erti aktiviti Minggu Kebudayaan kali ini. Encik Dong Yunhu berkata: “Minggu Kebudayaan Tibet China 2003” merupakan satu aktiviti penting selepas lawatan berjaya Presiden China Hu Jintao ke Thailand tidak lama dahulu. Aktiviti kali ini mempunyai erti yang penting untuk meningkatkan persefahaman rakyat Thailand terhadap China dan Tibet China serta mengeratkan hubungan persahabatan yang sedia ada antara kedua-dua negara.

Menyentuh tentang keistimewaan aktiviti “Minggu Kebudayaan Tibet China” kali ini, Encik Dong Yunhu berkata: “Salah satu keistimewaan aktiviti kali ini ialah, berdasarkan ciri-ciri Thailand yang merupakan sebuah negara beragama Buddha, “Minggu Kebudayaan Tibet” sangat mementingkan pertukaran lawatan pendeta agama Buddha Tibet. Rombongan Pendeta Agama Buddha Tibet China akan memperkenalkan politik, ekonomi, kebudayaan,kepercayaan agama Buddha Tibet kepada lapisan rakyat Thailand dan ikut serta dalam aktiviti menunaikan ibadat sembahyang di sana. Satu keistimewaan lain ialah berkaitan dengan aktiviti Hari Kebangsaan Thailand. 5 Disember pula adalah sambutan hari ulang tahun ke-76 Raja Thailand Bhumibol Adulyadej dan juga hari Kebangsaan Thailand. Rombongan Nyanyian dan Tarian China akan mengadakan persembahan di teater yang dapat menampung lebih 3500 orang, bersama-sama dengan rakyat Thailand menyampaikan tahniah kepada Raja Thailand sempena hari ulang tahun baginda yang ke-76. Satu aktiviti penting yang lain adalah memperingati hari ulang tahun ke-150 raja generasi ke-5 Thailand Chulalongkorn. Persembahan nyanyian dan tarian akan diadakan di lapangan Diraja Sanam Luang.

Semasa menyentuh tentang hubungan persahabatan Tibet China dengan Thailand, beliau menambah:

Hubungan China–Thailand sudah bersejarah lama. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pertukaran pengetahuan tentang Tibet antara kedua-dua negara juga semakin banyak. Putera Mahkota dan puteri Thailand pernah melawat Tibet.

Etnik Tibet merupakan salah satu etnik minoriti yang pandai menyanyi dan menari. Rombongan Kesenian Etnik Tibet akan mempersembahkan nyanyian dan tarian yang mencerminkan budaya, agama, kehidupan etnik Tibet kepada rakyat Thailand dalam Minggu Kebudayaan kali ini.