Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-12-09 12:42:34    
Rahsia Pasukan Bola Tampar Wanita China Sekali Lagi Meraih Kejohanan Dunia

CRI

Dalam Pertandingan Bola Tampar Wanita Piala Dunia yang diadakan di Osaka, Jepun tidak lama dahulu, pasukan China telah menjadi johan dunia selepas memenangi kesemua 11 pertandingan. Ini merupakan kali keenam bagi pasukan China meraih kejohanan dunia selepas memenangi lima kejuaraan dunia secara berturut-turut pada tahun 1981 hingga 1986. Jadi, apakah rahsia pasukan bola tampar wanita China sekali lagi merampas kembali kejohanan dunia kali ini?

Selepas pasukan China memperoleh lima kejuaraan berturut-turut pada 17 tahun yang lalu, pencapaiannya selepas itu kurang menggalakkan. Dalam Sukan Olimpik tahun 1992, pasukan bola tampar wanita China hanya menduduki tempat ke-7. Dalam Kejohanan Bola Tampar Wanita Dunia tahun 1994, pasukan China hanya menduduki tempat ke-8 dan dalam Sukan Olimpik Sydney tahun 2000, pasukan China hanya menduduki tempat ke-5.

Untuk meningkatkan semula keunggulan sukan bola tampar wanita China, pasukan China telah mengundang pemain terkenal China, Lang Ping dan jurulatih terkenal China, Hu Jin sebagai jurulatih pasukan negara. Dengan ini, sukan bola tampar wanita China telah kembali cemerlang dan pernah menjadi naib johan Sukan Olimpik tahun 1996, tetapi belum dapat meraih johan dunia.

Ketua jurulatih pasukan bola tampar wanita China, Chen Zhonghe berpendapat bahawa kemenangan pasukan China kali ini adalah kerana persiapan yang cukup sebelum pertandingan dan sikap para pemain yang tenang.

Kata beliau, “Pasukan kami berjaya memperoleh kemenangan kali ini kerana kami telah membuat persiapan yang cukup sebelum pertandingan. Selain itu, para pemain China sentiasa bersikap tenang dalam setiap pertandingan. Pada keseluruhannya, pemain China telah menunjukkan aksi-aksi yang baik dan berkeyakinan pada diri sendiri.”

Selain persiapan yang cukup dan sikap pemain yang tenang, semangat yang ditunjukkan oleh pasukan China dalam pertandingan kali ini juga amat tinggi. Dalam pergaulan di kalangan, para pemain pasukan bola tampar wanita China mesra seperti adik-beradik, manakala dalam pertandingan, mereka saling menggalakkan. Permainan Yang Hao, iaitu pemain utama pasukan bola tampar wanita China dalam Kejohanan Bola Tampar Wanita Dunia pada tahun yang lalu kurang memuaskan. Tetapi beliau telah memainkan peranan penting dalam pencapaian pasukan China dalam Piala Dunia kali ini. Ketika menyebut bagaimana memulihkan situasi yang baik dalam tempoh yang singkat, Yang Hao berkata, “Jurulatih dan pemimpin telah memberi sokongan penuh kepada saya. Dalam setiap latihan, saya diberi tumpuan utama. Selain itu, rakan-rakan saya juga sentiasa menggalakkan saya. Dengan ini, saya dapat bermain dengan lebih baik dalam pertandingan kali ini. Pada hari pertama penubuhan pasukan China, jurulatih kami Chen Zhonghe berpesan bahawa kami mesti bersatu padu, hanya dengan bersatu padu, kami baru boleh mencapai kemenangan.”

Ketika menyebut sebab pasukan bola tampar wanita China berjaya sekali lagi mencapai kejohanan dunia, Ketua Pengarah Pusat Pengurusan Sukan Bola Tampar Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, Xu Li menambah, “Sokongan penuh daripada pelbagai lapisan masyarakat telah banyak menggalakkan pasukan bola tampar wanita China melangkah dari satu tahap ke satu tahap mencapai kejohanan dunia.”

Xu Li memaklumkan, kini banyak pemain pasukan bola tampar wanita China dicalonkan oleh pasukan dan kelab dari pelbagai tempat di China. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan tempatan telah mencalonkan banyak pemain bola tampar untuk pasukan kebangsaan China.

----Wenwen