Menurut berita CRI, delegasi “Minggu Kebudayaan Tibet China” malam 13 Disember telah mengadakan jamuan ringan di Bangkok, Thailand untuk menyatakan terima kasih kepada kerajaan Thailand serta pelbagai pertubuhan di Thailand yang menyalurkan sokongan dan bantuan kepada penganjuran “Minggu Kebudayaan Tibet China 2003”.
Ketua delegasi “Minggu Kebudayaan Tibet China”, Li Bing berkata, “Minggu Kebudayaan Tibet China 2003” yang dimulakan pada 5 Disember lalu sekarang akan selesai. Aktiviti kali ini telah mendapat perhatian daripada kerajaan China dan Thailand, dan juga mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Thailand. Perdana Menteri China dan Thailand masing-masing mengutus kawat tahniah, puluhan ribu orang penduduk Thailand telah menyaksikan pertunjukan kesenian etnik Tibet, filem Tibet dan pameran gambar dan lukisan Tibet.
Li Bing juga mengalu-alukan rakyat Thailand melancong ke Tibet untuk menikmati pemandangan yang indah dan kebudayaan yang unit di Tibet China.
|