Chen Yingchun berumur 47 tahun, beliau ialah 10 notari terbaik di China dan salah satu antara 10 wanita terbaik di Provinsi Hei Longjiang China timur laut.
Chen Yingchun mengalami banyak kesukaran dalam kehidupannya sebelum mencapai kejayaan. Beliau berazam mencapai kejayaan yang luar biasa kerana beliau mencintai kehidupan dan tidak putus asa untuk mencapai matlamatnya yang tinggi itu.
Semasa beliau berumur 15 tahun, beliau tamat dari sekolah menengah rendah dan terpaksa bekerja di kampung. Ibunya menghalangnya kerana kesihatannya kurang baik. Kemudian beliau bekerja di Kilang Batu Bata Pertama Bandar Harbin, ibu kota provinsi Hei Longjiang. Beliau mengangkut batu bata yang belum dibakar. Pada masa bekerja, suhu di kilang itu setinggi 50 hingga 60 darjah Celsius, beliau mengangkut batu bata yang belum dibakar seberat lebih 1000 kilogram ke tempat pembakaran batu bata dan berulang banyak kali sehari. Walaupun amat penat, akan tetapi beliau berusaha menyelesaikan kerjanya. 3 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1972, beliau dipilih sebagai penyuluh di Pusat Pameran yang ditubuhkan oleh Syarikat Bahan Pembinaan Bandar Harbin. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pemberita, jurutaip, jurutulis dan setiausaha Jawatankuasa Liga Pemuda. Beliau sentiasa berasa bahagia, rajin bekerja dan berusaha memberi perkhidmatan yang lebih sempurna kepada orang ramai. Beliau banyak kali dianugerahkan surat penghargaan kerana beliau mencapai kejayaan dalam pekerjaan. Pengiktirafan dan reputasi tersebut menyebabkan beliau berazam memberi perkhidmatan kepada rakyat dalam seumur hidupnya. Beliau mengabungkan nasib sendiri dengan tuntutan zaman dan masyarakat.
Cita-cita beliau ialah menjadi seorang doctor. Beliau ingin menjadi seorang yang menguasai ilmu pengetahuan. Pada tahun 1982, beliau pernah belajar sehingga pukul dua pagi setiap malam, bahkan membaca di dalam kereta agar lulus peperiksaan untuk diterima mengikuti pengkajian di universiti amatur bagi belajar bahasa Mandarin. Kemudian beliau menyertai peperiksaan untuk mengikuti pengajian di universiti itu. Institut Perubatan Jamus menerimanya. Apabila mendapat tahu maklumat ini, pemimpinnya berasa marah dan menghalangnya kerana pemimpinnya berpendapat Chen Yingchun sudah disediakan banyak peluang untuk belajar dan naik pangkat, dan beliau harus memusatkan perhatian terhadap kerjanya. Beliau terpaksa melepaskan peluang itu. Walapun beliau tidak masuk ke univerisiti untuk belajar akan tetapi beliau berasa sedih kerana cita-citanya tidak dapat direalisasikan.
Pada tahun 1987, beliau mendapat maklumat dari surat khabar bahawa kawasan Taiping bandar Harbin memerlukan pegawai untuk bekerja sebagai notari. Beliau mendaftar nama dalam diam-diam dan mengulang pelajaran selama 4 bulan. Pada akhirnya beliau diterima. Daripada seorang buruh yang mengangkut batu bata kepada setiausaha Jawatankuasa Liga Pemuda, akhirnya menjadi seorang pegawai undang-undang negara, Chen Yingchun yang berumur 32 tahun mengubah kehidupannya selangkah demi selangkah. Pemimpinnya tidak menghalangnya kali ini.
Sebagai notari, beliau menguruskan kerjanya berdasarkan prinsip undang-undang dan memastikan tidak berlaku penimpuan, ini menyebabkan ramai orang marah. Akan tetapi ini menyelamatkan sejumlah besar kerugian ekonomi bagi negara. Pada tahun 1994, seorang usahawan terkenal yang bernama Liu Jinbiao hendak menguruskan notari bagi wang pinjaman penggadaian sejumlah 140 juta Yuan RMB, dan menyediakan bayaran notari sahaja sebanyak beberapa ratus ribu Yuan. Chen Yingchun mendapati dalam proses kerjanya, kad bumi yang digadaikan oleh Liu Jinbiao hanya memiliki hak pengguna tetapi tidak memiliki hak penggadaian. Beliau menolak untuk menguruskan notari itu kerana dokumen penggadaian yang dikemukakan tidak sah di sisi undang-undang. Liu Jinbiao amat marah dan memberi tekanan kepada Chen Yingchun, lagi pula ramai orang menasihatkannya supaya beliau mempercayai usahawan yang berjaya itu. Akan tetapi, Chen Yingchun kekal dengan pendirianya. Tidak lama kemudian, Liu Jinbiao melakukan jenayah dan dijatuhkan hukuman. Chen Yingchun berasa bertuah kerana beliau tidak tertipu dan telah menyelamatkan lebih 100 juta Yuan RMB untuk negara.
Dalam tempoh banyak tahun ini, lebih beberapa bilion Yuan RMB negara telah diselamatkan kerana banyak kes telah ditolak oleh Chen Yingchu. Akan tetapi yang paling meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya ialah satu kes yang kecil.
Pada bulan Mei tahun 1993, Syarikat Song Fa menandatangani kontrak pembelian dan penjualan keluli buangan dengan sesebuah syarikat provinsi Hei Longjiang untuk berurusniaga dengansebuah syarikat Rusia berkaitan. Dalam penyiasatan, Chen Yingchun mendapati Syarikat Song Fa tidak berhak menguruskan urus niaga antarabangsa, maka kes itu ditolaknya. Akan tetapi, petugas syarikat itu berkata syarikat itu adalah cawangan sesebuah syarikat antarabangsa bandar Qiqihar, dan syarikat antarabangsa itu memiliki hak urusniaga antarabangsa. Chen Yingchun berasa ragu-ragu akan tetapi tidak ada bukti. Pegawai syarikat itu memaksakan Chen Yingchun menguruskan pengesahan itu dengan segera. Chen Yingchun berjanji akan menguruskan pengesahan itu setelah menyiasat syarikat antarabangsa itu. Pada pukul 9:00 malam beliau dengan seorang rakannya pergi ke Bandar Qiqiar dan mendapati syarikat antarabangsa tersebut tidak memiliki cawangan. Setelah kembali, beliau mendapati pula bukti penipuan dari interfax yang dikemukakan oleh Syarikat Song Fa dan ini membuktikan kes tersebut adalah satu penipuan.
Dalam tempoh lebih 20 tahun sejak beliau bekerja sebagai notari, Chen Yingchun mengalami banyak kesukaran dan berasa tugas itu amat rumit. Beliau pernah menghadapi pelbagai penipuan. Beliau bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkan berlakunya kesalahan bagi mengurangkan kerugian kepada negara.
Sejak tahun 1988, Chen Yingchun menyandang jawatan Ketua Pengarah Bahagian Notari Provinsi He Longjiang. Beliau mengetuai rakan sekerjanya memperkenalkan pembaharuan terhadap sistem notari, supaya bahagiannya menjadi bahagian notari pertama yang menganggung sendiri untung ruginya. Untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru ekonomi pasaran, beliau dan rakannya mengkaji untuk menyusun semula kerja bagi meneroka bidang perkhidmatan, memainkan dengan penuhnya fungsi notari,. Selain menguruskan kes notari yang berhubungan dengan luar negara dan sivil, mereka juga menyediakan perkhidmatan undang-undang kepada pembaharuan sistem politik dan pembangunan ekonomi pasaran. Pada bulan Jun tahun 2000, Jawatankuasa Provinsi Hei Longjiang Parti Komunis China bercadang mengamalkan pembaharuan terhadap sistem pemilihan pegawai, dan memilih 45 pemimpin dengan mengadakan peperiksaan terhadap mereka. Bahagian notari Chen Yingchun menyertai aktiviti tersebut supaya kerja itu dijamin dilaksanakan dengan terbuka, adil dan telus. Dari awal bulan Jun hingga akhir bulan Julai, mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mendapat sanjungan tinggi pemimpin Jawatankuasa Provinsi.
Chen Yingchun suka memakai pakaian yang cantik dan kemas sehingga orang lain tidak percaya beliau seorang pegawai kanan dan bekerja dalam bidang undang-undang. Katanya, walaupun beliau seorang wanita, akan tetapi beliau juga akan merealisasikan cita-citanya.
---Qing
|