Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-12-22 18:52:22    
Kerajaan China Berusaha untuk Menyediakan Peluang Kerja kepada Penganggur

CRI
Seiring dengan melaksanakan lebih mendalam pembaharuan terhadap struktur ekonomi, isu menyediakan peluang kerja kepada penganggur menjadi kesukaran utama di China. Menurut laporan pelaksanaan dasar mata wang tahun 2002 yang diumumkan oleh Bank Rakyat China baru-baru ini, isu menyediakan peluang kerja kepada penganggur merupakan masalah utama dalam kehidupan sosioekonomi China dalam jangka panjang pada masa depan. Sehubungan dengan itu, menyediakan lebih banyak peluang kerja kepada penganggur dan menyelesaikan dengan sempurna jaminan kehidupan asas mereka menjadi tugas penting kerajaan China.

Menurut laporan Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China: “Menyediakan peluang kerja kepada penganggur merupakan tugas yang penting lagi sukar sekarang dan pada masa depan di China. Kerajaan pelbagai peringkat harus menyediakan lebih banyak peluang kerja kepada penganggur sebagai tugas utama.” Menurut laporan itu, “berusaha dengan sedaya upaya untuk memperbanyak peluang kerja, meningkatkan taraf kehidupan rakyat” dijadikan sebagai matlamat untuk mewujudkan masyarakat kaya dengan menyeluruh.

Baru-baru ini, “Pemberitahuan tentang isu dasar cukai bagi penganggur mendapat semula kerja” telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan China dan Jabatan Pentadbiran Am Cukai Negara China. Pemberitahuan itu telah menetapkan siri dasar cukai keutamaan bagi penganggur mendapat semula kerja.

Tindakan-tindakan baru telah diambil oleh beberapa kerajaan tempatan untuk menyelesaikan isu menyediakan peluang kerja kepada penganggur berdasarkan kenyataan kerajaan tempatan sendiri.

Menurut maklumat Biro Kerja dan Jaminan Sosial Bandar Beijing, 7 tindakan baru yang bertujuan untuk menyelesaikan isu menyediakan peluang kerja kepada penganggur telah dikeluarkan oleh Biro tersebut pada tahun ini. Tindakan-tindakan tersebut termasuk memberi latihan kepada para penganggur, mengkaji dan meneroka projek, menyediakan ikat jamin pinjaman wang yang berjumlah kecil; membentuk dana menubuhkan perusahaan; membentuk sistem yang menyediakan bantuan kepada penganggur yang menghadapi lebih banyak kesukaran apabila mencari kerja dan lain-lain sebagainya. Selain itu, 10 dasar keutamaan berkaitan juga dikeluarkan oleh kerajaan daerah bandar barat Beijing, misalnya subsidi sebanyak 50 ribu hingga 200 ribu Yuan RMB akan diberikan kepada perusahaan jika perusahaan itu menyediakan peluang kerja kepada penganggur seramai 50 orang ke atas. Subsidi akan diberikan kepada pertubuhan kawasan kediaman penduduk jika mereka menyediakan latihan kepada penganggur.

Di bandar Changchun, Provinsi Jilin di bahagian timur laut China pula, kerajaan tempatan melaksanakan dasar bantuan kepada penganggur lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dan wanita berumur 40 tahun ke atas yang berkeupayaan untuk bekerja dan berhasrat mendapat kerja. Dasar tersebut termasuk: kerja perkhidmatan awam yang disediakan oleh kerajaan pelbagai peringkat seperti pembersihan, menanam pokok dan rumput, menjamin keselamatan di kawasan kediaman penduduk akan diberikan keutamaan terlebih dahulu kepada penganggur yang lanjut usia.

Di Provinsi Shandong China, tindakan mula dilaksanakan untuk membantu penganggur yang muda di bandar dan pekan serta kerja lebihan kepada penganggur muda di kampung. Jawatankuasa Provinsi Shandong Liga Pemuda Komunis China dan 4 buah perusahaan provinsi Shandong menandatangani secara rasmi 4 projek kumpulan pertama untuk menyediakan sebanyak 43 ribu peluang kerja kepada para penganggur muda.