Setelah China berjaya membendung SARS, ramai orang mula membuat kesimpulan dan merenung kembali terhadap kerja pencegahan dan rawatan pesakit SARS dan berpendapat, ini telah menyediakan peluang yang baik bagi China melaksanakan pembaharuan kesihtan awam.
Presiden Institut Kesihatan Awam Universiti Perubatan Nanjing China, profesor Zhou Jianwei berpendapat, pada masa yang lalu, ramai orang berpendapat bahawa tidak perlu bimbang akan penyakit berjangkit yang akut sekarang. Akan tetapi, perebakan SARS kali ini menyebabkan ramai orang menyedari ancaman dan bahaya penyakit berjangkit dan desakan mengembangkan usaha kesihatan awam. Sehubungan dengan itu, perkara yang buruk menjadi perkara yang baik.
Naib Pengarah Biro Kesihatan Bandar Kunshan, Encik Zhang Dian menyatakan, penyakit schistosomiasis yang serius pernah berlaku di Kunshan. Kerana ingat akan peristiwa itu, kami sentiasa memberi perhatian terhadap kesihatan awam, penduduk bandar Kunshan telah mengambil tindakan yang berkesan membendung wabak SARS kali ini. Beliau berpendapat, kejayaan penting yang dicapai dalam tugas membendung SARS ialah meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kesihatan dan pencegahan penyakit, juga mendorong kerajaan menumpukan perhatian terhadap pembangunan kesihatan awam. Ini menyediakan peluang yang baik bagi China melaksanakan pembaharuan terhadap kesihatan awam.
Semasa mengadakan liputan di kawasan kediaman penduduk, perusahaan, kampung dan kaunti di provinsi Jiang Su, wartawan berasa perubahan besar telah berlaku akibat pencegahan dan rawatan pesakit SARS, iaitu, kesedaran pegawai, penduduk awam dalam bidang kesihatan dan pencegahan penyakit berjangkit semakin meningkat, lebih ramai orang menyertai aktiviti kesihatan. Pada 31 Mei lalu, seramai lebih sepuluh ribu pegawai dan penduduk awam di daerah Xuanwu di bandar Nanjing melaksanakan aktiviti kesihatan yang bertema “Setiap orang bertindak untuk membersihkan kampung halaman”. Hujung minggu setiap bulan ditetapkan sebagai ”Hari Kesihatan Patriotik” di daerah itu sejak bulan Mei lalu.
Dalam tugas membendung SARS, masalah yang wujud dalam sistem kesihatan awam di pelbagai tempat tersingkap. Menyedari dan menganalisis dengan tepat masalah-masalah tersebut bermanfaat bagi meningkatkan pembaharuan kesihatan. Tokoh-tokoh berkaitan berpendapat, kelemahan utama pembangunan kesihatan awam adalah seperti berikut:
Pertama, badan-badan berkaitan menumpukan perhatian terhadap aspek perubatan, mengabaikan pencegahan penyakit sehingga keupayaan untuk menghadapi kejadian kesihatan awam yang berlaku secara mendadak lemah dalam sistem pencegahan penyakit berjangkit. Kedua, jaringan pencegahan penyakit berjangkit di peringkat asas tidak sempurna khususnya kemudahan kesihatan di kampung kurang memuaskan. Ketiga, peruntukan dan tenaga profesional dalam aspek kesihatan awam kurang cukup. Keempat, kawalan kesihatan awam penduduk yang berpindah dari tempat lain belum dimasukan dalam sistem rancangan, sehingga menjadi ancaman besar terhadap kesihatan awam dan keselamatan di bandar.
Naib Pengerusi Dewan Galakan Kesihatan Su Zhou Encik Xing Yujian menyatakan: aktiviti kesihatan patriotik merupakan aktiviti bercirikan China. Hanya menggalakkan lebih ramai orang dan kekuatan masyarakat menyertai aktiviti tersebut, usaha kesihatana awam China baru dapat dikembangkan.
Naib Canselor Universiti Nanjing yang juga ahli ekonomi Encik Hong Yinxing menyatakan: “Kerajaan perlu menyediakan perkhidmatan kepada penduduk awam untuk mengatasi krisis kesihatan awam. Dalam ekonomi pasaran, fungsi kerajaan untuk membendung wabak penyakit, mengatasi krisis kesihatan awam yang berlaku secara mendadak harus ditingkatkan, peruntukan kewangan harus ditambah untuk meningkatkan keupayaan menghadapi krisis.”
|