Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-12-30 14:54:51    
Suasana Pelaburan di Myanmar

CRI

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat di China. China dari hanya menarik pelaburan asing telah mulai melabur di negara yang lain. Seluruh dunia sangat mementingkan pelaburan dari China, khususnya ASEAN, jiran dan rakan pelaburan dan perdagangan yang penting kepada China. Tidak lama dahulu, dalam Forum Dasar Pelaburan ASEAN Pesta Pelaburan dan Perdagangan China yang diadakan di Bandar Xiamen China, wakil dan pegawai kanan ekonomi 10 negara anggota ASEAN telah memperkenalkan suasana pelaburan, dasar dan tindakan untuk menarik pelaburan ke negara masing-masing kepada tokoh ekonomi, perusahaan dan pegawai kerajaan China dan seluruh dunia.

Encik U. Lin. Thaw dari Jabatan Perdagangan Sempadan Kementerian Perdagangan Myanmar telah menyampaikan ucapan yang penting, beliau terlebih dahulu memperkenalkan keadaan perdagangan di Myanmar. Beliau berkata: "Myanmar percaya liberalisasi perdagangan akan menjadikan perdagangan dunia lebih adil dan bebas. Myanmar merupakan negara anggota Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan(GATT) dan WTO, dasar perdagangan luarnya adalah perdagangan banyak hala."

Myanmar telah memeterai perjanjian perdagangan dua hala dengan 10 negara Asia dan 7 negara Eropah Timur. Dasar kerajaan Myanmar ialah mengembangkan dan meningkatkan hubungan dengan 5 negara jiran, sehingga sekarang, Myanmar telah memeterai perjanjian perdagangan sempadan dengan China, Thailand, India, Bangladesh dan Laos. Kementerian Perdagangan Myanmar telah menubuhkan Jabatan Perdagangan Sempadan pada tahun 1996, dan telah menubuhkan 10 jabatan di sempadan.

Perdagangan Luar Myanmar meningkat secara berterusan, defisit perdagangan eksportnya pada tahun 1999 sehingga tahun 2000 mencapai 1.172 bilion Dolar Amerika, tetapi pada tahun 2002 sehingga tahun 2003, jumlah lebihan perdagangannya mencapai 763 juta Dolar Amerika. Kerajaan Myanmar secara besar-besaran menggalakkan ekonomi swasta. Sekarang, perusahaan swasta telah menjadi tonggak utama perdagangan eksportnya, jumlahnya menempati 75% dalam KDNK negara itu, dalam nilai eksport, jumlah eksport perusahaan swastanya menempati tiga perempat daripada jumlah itu.

Encik U.Lin.Thaw telah menyentuh tentang perdagangan dengan China. Beliau berkata: "Myanmar dan China pada tahun 1971 telah memeterai perjanjian perdagangan dua hala dan memeterai Memorandum Persefahaman perjanjian perdagangan sempadan pada tahun 1994. Dalam 6 tahun yang lepas, China telah menikmati lebihan perdagangan, eksport utama Myanmar ke China ialah balak, hasil air, kacang, getah dan lain-lain. Myanmar pula mengimport mesin, kelengkapan pengangkutan, baja bahan binaan, kertas dan lain-lain dari China."

Setelah mengamalkan sistem ekonomi pasaran, Myanmar telah memperkenalkan Undang-undang Pelaburan Asing untuk menarik pelaburan dan teknologi canggih dari negara lain, menggunakan sumber alam di Myanmar. Matlamat pelaburan asing negara itu adalah menggalakkan dan meningkatkan eksport; meneroka sumber alam yang memerlukan modal yang besar; memperoleh teknologi canggih; menyokong produksi dan perkhidmatan yang memerlukan modal besar; menyediakan peluang kerja yang lebih banyak; meneroka projek yang menjimatkan sumber.

Untuk menyelia dan menyuatkuasakan Undang-undang Pelaburan Asing dan Undang-undang Pelaburan Warga Myanmar, Jawatankuasa Pelaburan Myanmar pada tahun 1999 telah mengubah susunan, 10 anggota jawatankuasa itu terdiri daripada menteri. Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa itu ialah memeriksa sama ada projek itu bersesuaian dengan peraturan Undang-undang Pelaburan; memeriksa dan menjamin projek itu boleh dilaksanakan dari segi kewangan, ekonomi dan teknik; mematuhi peraturan perlindungan alam sekitar; setelah projek diluluskan, menyelia dan menilai pelaburan usahawan asing; kalau perlu, melonggar dan meminda syarat pengesahan; memberi cadangan dan menyediakan kemudahan kepada usahawan asing.

Myanmar mengizinkan kepelbagaian cara pelaburan asing, Encik U.Lin.Thaw berkata: "Undang-undang Pelaburan Asing mengizinkan usahawan asing melabur di Myanmar dengan modal sendiri dan juga boleh menjalankan projek usahasama dengan usahawan tempatan, syarikat swasta atau perusahaan milik negara. Dalam perusahaan usahasama, pihak pelabur asing boleh memiliki saham sekurang-kurangnya 35%."

Jumlah pelaburan minimum dalam sektor pembuatan di Myanmar sekurang-kurangnya ialah 500 ribu Dolar Amerika, dan dalam sektor perkhidmatan pula ialah 300 ribu Dolar Amerika, sama ada dalam bentuk aset atau wang tunai. Orang asing tidak boleh memiliki tanah di Myanmar, tetapi boleh menyewa tanah dari kerajaan dalam jangka masa panjang.

Untuk menarik lebih banyak pelaburan asing, Undang-undang Pelaburan Asing telah menyediakan dasar keutamaan dan jaminan kepada pelabur asing, perusahaan asing boleh menikmati pengecualian cukai dalam tempoh masa 3 tahun. Keuntungan dari pelaburan selanjutnya dalam setahun berikutnya bebas cukai pendapatan; cukai keuntungan dari eksprot dikurangkan separuh, kadar cukai pendapatan warga Myanmar dan pekerja asing adalah sama dan lain-lain.

Undang-undang Pelaburan Asing menjamin harta benda perusahaan asing tidak boleh dimilik oleh kerajaan Myanmar, keuntungan perusahaan dan pendapatan pekerja asing boleh dibawa keluar secara bebas. Modal perusahaan itu boleh dihantar pulang semasa perusahaan itu ditutup. Kerajaan memberi dasar keutamaan kepada projek besar, projek mengeksport barangan dan projek yang memerlukan banyak pekerja.

Myanmar telah memeterai perjanjian menggalakkan dan melindungi pelaburan dengan Filipina, Laos, Vietnam dan China. Perjanjian dengan China telah dimeterai semasa bekas Presiden China Jiang Zemin melawat Myanmar pada Disember tahun 2001.

Setelah Undang-undang Pelaburan Asing diamalkan, Jawatankuasa Pelaburan Myanmar telah meluluskan 373 projek dari 27 negara, meliputi sektor industri pembuatan, perhotelan, pelancongan dan lain-lain, jumlah pelaburan mencapai 7.6 bilion Dolar Amerika. Terdapat 43 projek dari China, jumlah pelaburan mencapai 230 juta Dolar Amerika, menempati 3.06% dalam jumlah pelaburan asing.

Akhirnya Encik U.Lin.Thaw berkata: "China dan Myanmar mempunyai hubungan persahabatan yang baik, kita saling bersahabat dan memahami. China mempunyai modal dan teknologi, Myanmar mempunyai sumber alam dan tenaga pekerja yang ramai. Kami mengalu-alukan pelabur dari China, untuk mencapai keuntungan antara satu sama lain."

----Andika