Sidang Kerja Pendidikan Desa China dirasmikan di Beijing pada September tahun 2003, sidang ini amat penting bagi pelajar seramai 160 ribu di desa China dan juga merupakan sidang penting dalam sejarah pendidikan China.
Dalam sidang itu, Perdana Menteri China Wen Jiabao menyatakan: "Arahan untuk kepentingan rakyat itu bermakna untuk kepentingan petani yang berjumlah 800 juta orang dan untuk manfaat anak-anak mereka seramai 160 ribu orang mendapat pendidikan. Pada masa ini, kami menumpukan perhatian terhadap pendidikan di desa."
Kerja pendidikan di desa telah dibincangkan dan dibahaskan dalam Sidang Khas Dewan Negara buat kali pertama dalam sejarah China. Selain mengadakan sidang khas itu, Dewan Negara China juga mengeluarkan "13 dokumen berkaitan ketetapan meningkatkan pendidikan di desa China". Ramai pegawai pendidikan berpendapat sidang itu merupakan perkara penting dalam sejarah perkembangan pendidikan mereka kerana dalam sidang itu ditetapkan usaha meningkatkan pendidikan di desa China bermafaat untuk mewujudkan secara menyeluruh matlamat masyarakat kaya dan bermanfaat untuk menyelesaikan masalah pertanian, desa dan petani.
Pada tahun 2003, beberapa siri tindakan berkaitan pendidikan di desa telah dikeluarkan oleh kerajaan China dan tindakan tersebut bermanfaat bagi kanak-kanak di desa.
Dalam tempoh 3 tahun sejak tahun 2003, kerajaan pusat akan memperuntukkan dana khas sebanyak 6 bilion Yuan RMB untuk membina semula bangunan sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan bahagian tengah dan barat China. Sebelum itu, kerajaan China telah memperuntukkan sejumlah dana khas untuk membina semula bangunan di sekolah rendah dan sekolah menengah di desa mencatat dengan luas lantainya 17 juta meter persegi.
Mulai pada tahun 2003, kerajaan China berusaha untuk mewujudkan kadar celik huruf dikalangan penduduk desa melalui pendidikan wajib 9 tahun di kawasan bahagian barat China mencatat 85% ke atas dalam tempoh 5 tahun, sehingga kadar buta huruf di kalangan remaja diturunkan ke bawah 5%. Sejak "Sistem mengecualikan bayaran yuran sekolah, bayaran buku teks dan buku nota" dilaksanakan secara percubaan di sekolah rendah dan sekolah menengah di desa di kawasan yang mundur, banyak kanak-kanak miskin meneruskan pelajaran mereka. Sistem ini akan dilaksanakan secara menyeluruh pada tahun 2004.
Pada tahun 2003, seiring dengan pelaksanaan pembaharuan bayaran cukai di desa, kerajaan pusat meningkatkan peruntukan pendidikan. Sistem pengurusan pendidikan wajib di desa yang "mengutamakan kaunti" telah disempurnakan. Tidak kira pada masa bencara banjir berlaku di Provinsi Anhui, Shaanxi, maupun gempa bumi berlaku di Provinsi Yunnan dan Gansu, kerajaan China memasang kemah sementara dalam masa yang singkat untuk menjamin kanak-kanak dapat meneruskan pelajaran mereka.
Kesemuanya ini adalah untuk menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak di desa China, khususnya menyediakan suasana yang baik bagi kanak-kanak di desa di kawasan yang mundur mendapat pendidikan wajip secara lancar.
|