Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-05 17:54:33    
Musang Civet Disyaki Merupakan Sumber Virus Corona SARS (gambar)

CRI
Menurut berita CRI, Naib Pengarah Pusat pencegahan dan Pengawalan Penyakit Provinsi Guangdong China Xu Yueheng hari ini mengumumkan, virus Corona SARS yang didapati dari Musang Civet di pasaran Guangdong mempunyai struktur gen yang sama dengan virus kebarangkalian SARS baru-baru ini, musang Civet disyaki merupakan sumber dan pembawa yang utama virus Corona SARS.

Xu Yueheng berkata, pakar mencadangkan kerajaan melarangkan pemeliharaan, penjualan dan penyembelihan Musang Civet untuk mengelakan jangkitan. Jabatan Kesihatan Provinsi Guangdong telah mengumumkan, Guangdong mulai menutup pasar binatang liar dan membunuh Musang Civet. Pegawai Pusat Kawalan Penyakit Bandar Guangzhou telah menafikan kebarangkalian perebakan wabak SARS kedua di Bandar Guangzhou.

Dilaporkan lagi, media massa Filipina hari ini memetik kenyataan pegawai Kementerian Kesihatan Filipina bahawa terdapat satu kes kebarangkalian SARS di Filipina.

Kes Kebarangkalian SARS tersebut ialah seorang wanita warga Filipina, beliau baru kembali ke Filipina pada 20 Disember tahun lalu dan terus demam. Sekarang, beliau masih dikuarantin.