Menurut berita CRI, Presiden Filipina Arroyo hari ini secara rasmi mengemukakan sijil kelayakannya kepada suruhanjaya pilihanraya untuk menyertai pilihanraya Presiden pada bulan Mei yang akan datang.
Arroyo menyatakan kepada media massa bahawa beliau akan secara aktif mendorong proses pembaharuan parlimen dan kerajaan Filipina, memperketat pembanterasan rasuah, secara tegas membanteras penyeludupan dadah dan keganasan dalam sebarang cara, dan mendorong pertumbuhan ekonomi negara.
Menurut laporan media massa Filipina, sekarang calon yang mempunyai harapan paling tinggi untuk menang ialah Arroyo, bintang filem Fernando Poe Jr dan bekas Menteri Pendidikan Raul Roco.
|