Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-07 15:46:11    
China akan Bina Pangkalan Eksport Perisian Komputer di 5 Bandar

Harian Renmin Ribao

Menurut Harian Renmin Ribao, untuk meningkatkan eksport perisian komputer dan mendorong pembangunan industri perisian, China akan melaksanakan rancangan untuk mengembangkan industri perisian dan memutuskan untuk membina pangkalan eksport perisian komputer negara di 5 bandar, iaitu Bandar Shanghai, Dalian, Shenzhen, Tianjin dan Xi'an.

Pemberita mendapat maklumat daripada Sidang Kerja Kebangsaan Membangunkan Perdagangan Melalui Sains dan Teknologi China yang diadakan pada 6 Januari.

Dimaklumkan, badan dan kerajaan tempatan akan menetapkan tindakan dan dasar yang berkaitan, menyediakan iklim yang baik dari segi dasar, tenaga manusia, teknik, dana, pasaran dan eksport, dan menjayakan kerja pembinaan pangkalan eksport perisian komputer.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah eksport perisian komputer China meningkat dengan pesat. Jumlah itu pada tahun 2003 mencatat 2 bilion dolar Amerika.