Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-07 15:49:28    
Menteri Pertahanan Malaysia Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

CRI

Hari ini, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Najib 50, yang juga Naib Presiden UMNO akan mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Abdullah, yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia berikutan pesaraan Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 31 Oktober lalu.

Sumber Kerajaan Malaysia berkata, Datuk Seri Abdullah memberi keutamaan kepada pelaksanaan dasar-dasar penting kerajaan sebelum melantik timbalannya. Dasar-dasar penting itu termasuk membanteras rasuah, menggalakkan sektor pertanian sebagai komponen penting, memastikan sistem penyampaian awam yang lebih efektif, memperkenalkan perubahan dalam pendidikan dan pasukan polis. Selepas beliau meletakkan dasar-dasar tersebut pada landasan yang sepatutnya, Perdana Menteri baru melantik timbalannya untuk membantunya memastikan pelaksanaan dasar itu berjalan dengan lancar.