|
Menurut berita CRI, Sidang Pegawai Kanan ASEAN tentang Membanteras Jenayah Transnasional hari ini telah diadakan di Bangkok, Thailand. Pegawai kanan yang bertanggungjawab atas hal-ehwal keselamatan dan kehakiman dari 10 negara anggota ASEAN telah menyertai sidang kali ini.
Tujuan utama sidang itu adalah untuk membuat persiapan bagi mengadakan Sidang Peringkat Menteri ke-4 ASEAN tentang Membanteras Jenayah Transnasional. Dimaklumkan, sidang pegawai kanan itu akan mendengar taklimat tentang pelaksanaan rancangan ASEAN untuk membanteras jenayah transnasional, laporan tentang kerjasama ASEAN dalam pelaksanaan rangka perundangan dan undang-undang yang berkaitan serta laporan tentang Thailand meningkatkan kerjasama dalam pertukaran maklumat.
|