|
Menurut berita CRI, Menteri Kesihatan Filipina, Manuel Dayrit hari ini dalam sidang akhbar yang diadakan di Manila berkata, badan kesihatan Filipina telah mengenalpasti bahawa seorang wanita Filipina yang disyaki dijangkit virus SARS bukan pesakit SARS.
Dayrit berkata, keputusan ujian antibodi menunjukkan, wanita tersebut menghidap radang paru-paru akibat kuman. Kini, keadaan kesihatannya telah beransur pulih. Dayrit menambah, badan kesihatan telah membatalkan kuarantin terhadap lebih 30 orang yang pernah berhubung dengan wanita tersebut.
|