Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-07 20:18:48    
Industri Maklumat Menjadi Industri Utama dalam Ekonomi Nasional China

CRI

Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China, Huang Ju baru-baru ini menyatakan, pada beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan industri maklumat China telah mencapai kemajuan besar, industri maklumat telah menjadi industri utama dalam ekonomi nasional China.

Menurut statistik yang terkini, pada tahun 2003, jumlah pengguna telefon di China mencatat 530 juta dan menduduki tempat pertama di dunia, penjualan barang elektronik mencatat kira-kira 1900 bilion yuan Renminbi, jumlah eksport barang elektronik pula mencatat lebih 140 bilion dolar Amerika. Industri maklumat telah banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan peningkatan taraf kehidupan rakyat China.

Huang Ju berharap agar pada tahun baru, badan perindustrian maklumat di China menjayakan kerja penyusunan semula struktur, meningkatkan keberkesanan penghasilan, mementingkan penciptaan dan melaksanakan pembaharuan, di samping itu meneroka pasaran antarabangsa. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa China akan berkembang menuju negara telekom dan elektronik yang maju.