Pemandu Syarikat Pengangkutan Kereta Kaunti Yuzhong Bandar Lanzhou Provinsi Gansu Encik Zhang Wanzhen menyatakan, "Urusan yang diuruskan selama beberapa hari pada masa dahulu dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa jam sahaja sekarang. Kadar bayaran lebih jelas, ada bayaran telah dikurangkan dan ada bayaran telah dinaikkan. Kadar bayaran tersebut dapat diketahui oleh orang awam melalui maklumat yang dipaparkan pada papan penerangan di jabatan tersebut."
Menurut Encik Zhang Wanzhen, pada masa dahulu, beliau berpendapat pemeriksaan kereta yang dijalankan sekali setahun amat sukar kerana urusan pentadbiran badan pengurusan kereta tidak terbuka. Beliau bukan sahaja tidak tahu apa yang harus dilaksanakan, tetapi juga harus mencari orang yang tahu akan hal itu untuk membantunya. Keadaan berubah pada masa ini, beliau amat berpuas hati terhadap tugas yang dijalankan oleh badan berkaitan.
Contohnya Pusat Pengurusan Kereta Pasuka Cawangan Biro Keselamatan Awam bandar Lanzhou, jabatan kerajaan pelbagai peringkat China dan badan berkaitan melaksanakan pembaharuan terhadap urusan pentadbiran pada tahun-tahun kebelakangan ini, mengkaji semula prosedur kerja yang sedia ada, mengubah cara kerja supaya penduduk awam mengetahui dan menyertai urusan pentadbiran.
Penduduk bandar Lanzhou Encik Wang Simin berkata: "Pada masa dahulu, dasar dan peraturan undang-undang digubal dan diperkenalkan oleh pegawai berkaitan, penduduk awam tidak berhak mengemukakan pendapat mereka terhadap kenaikan kadar bayaran tersebut. Pada masa ini, penduduk awam dapat mengetahui maklumat tentang dokumen kerajaan, dasar dan peraturan yang dilaksanakan di Pusat Dukumen dan Pasar Raya Dokumen-dokumen itu bahkan boleh disemak melalui jaringan net; tarif bayaran air, elektrik, gas, pemanas, kadar bayaran tambang bas dan perkapalan diketahui umum, penetapan kadar tarif dan bayaran yang melibatkan kepentingan penduduk awam juga harus ditetapkan setelah sidang pendengaran diadakan. Ini membolehkan penduduk awam mempunyai hak untuk mengetahui dan mengemukakan pandangan mereka."
Pada masa dahulu, sejumlah besar maklumat awam dikawal sepenuhnya oleh beberapa badan kerajaan sehingga sistem penyeliaan tidak lengkap, saluran pertukaran tidak lancar, ini menyebabkan penduduk awam tidak berpuas hati terhadap kerja beberapa badan kerajaan. Akan tetapi, pada masa ini, keadaan sudah berubah. Penduduk awam berhak mendapat maklumat daripada badan kerajaan atau badan berkaitan secara langsung.
Kerajaan China sentiasa menganjurkan dan berusaha supaya penduduk awam berhak mengetahui maklumat yang berkaitan urusan mereka, khususnya sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan, China terus mempercepat proses pembaharuan sistem pentadbiran, urusan pentadbiran terbuka merupakan perkara penting dalam pembaharuan tersebut.
Sejak tahun ini, pembaharuan itu mendapat perhatian kerajaan. Kerajaan bandar Beijing mengumumkan, urusan pentadbiran terbuka berdasarkan jaringan net akan diwujudkan secara menyeluruh pada tahun 2004; kerajaan bandar Tianjin mengumumkan bahawa urusan pentadbiran akan diuruskan menerusi jaringan net, memberikan perkhidmatan yang efisien, berkualiti tinggi dan cekap kepada penduduk awam berdasarkan keselamatan jaringan net dan maklumat; manakala kerajaan bandar Lanzhou mengumumkan, sebanyak 38 juta Yuan RMB akan diperuntukkan untuk mengembangkan projek urusan pentadbiran elektronik dalam tempoh 3 tahun yang akan datang.
----Rooching
|