Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-07 15:30:39    
Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet Akan Menggalakkan Perkembangan Ekonomi Tibet Dengan Provinsi Lain di China

cri
Pada bulan Julai tahun 2003, fasa kedua projek landasan kereta api Qinghai-Tibet China mulai dibina selama dua tahun. Kini, landasan kereta api itu telah dibina di Wilayah Autonomi Tibet melalui Gunung Tanggula yang setinggi lebih 5 ribu meter dari paras laut. Landasan kereta api itu merupakan salah satu projek yang besar yang dibina untuk memangkin pembangunan ekonomi di kawasan barat China dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pembinaan projek itu akan memainkan peranan yang amat besar bagi mendorong pembangunan ekonomi di kawasan Tibet dan meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan Tibet dengan provinsi lain di China.

Landasan kereta api Qinghai_Tibet dibina dari Bandar Xining Provinsi Qinghai di barat China sehingga ke Bandar Lhasa Tibet. Pada tahun 1974, fasa pertama projek itu mulai dibina dari Bandar Xining sehingga ke Bandar Gelmu Provinsi Qinghai dan dijangka selesai pada tahun 1984. Pada bulan Jun tahun 2001, fasa kedua projek itu mulai dibina dari Gelmu sehingga ke Lhasa Tibet, panjangnya 1118 kilometer.

Projek landasan kereta api Qinghai-Tibet merupakan tindakan penting yang dilaksanakan oleh kerajaan China dalam melaksanakan strategi pembangunan kawasan barat China dan menyelaraskan pembangunan kawasan. Penyelidik Institut Kajian Sosioekonomi Pusat Pengkajian Ilmu Tibet China Encik Xu Ping berpendapat, pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet akan membawa pengaruh yang besar terhadap pembangunan Tibet. Beliau berkata: "Pembinaan landasan kereta api itu amat bererti bagi pembangunan ekonomi Tibet melalui perhubungan lalu lintas yang lancar antara Tibet dengan provinsi lain di China".

Wilayah Autonomi Tibet terletak di sempadan barat daya China, dahulunya tidak ada landasan kereta api yang menghubungkan wilayah itu dengan provinsi lain. Dalam jangka panjang, sumber perlombongan serta hasil pertanian dan penternakan tidak dapat dihantar ke provinsi lain di China, malah barang-barang industri dan barangan keperluan seharian yang dihasilkan di provinsi lain diangkut ke Tibet dengan kos bayaran yang tinggi, ini telah mempengaruhi perkembangan ekonomi Tibet.

Kini, bahan yang diperlukan di Tibet terutamanya diangkut melalui lebuh raya, hanya terdapat 4 lebuh raya antara Tibet dengan provinsi lain di China. Tetapi, disebabkan iklim di dataran tinggi tersebut dalam tempoh sepanjang tahun, 80% barangan hanya boleh diangkut ke Tibet melalui lebuh raya Qinghai-Tibet. Oleh itu, pembinaan landasan kereta api Qinghai Tibet mempunyai efisien sosioekonomi yang penting bagi meningkatkan keupayaan pengangkutan dan menyusun semula struktur industri.

Dimaklumkan, selepas landasan kereta api itu selesai dibina, ia akan menyediakan banyak peluang bagi perkembangan perusahaan yang melibatkan bidang perlombongan, sektor minuman hijau, ubat-ubatan Tibet, produk hasil pertanian dan penternakan serta kraf tangan etnik Tibet. Banyak barangan keluaran Tibet akan dapat diangkut ke tempat lain melalui landasan kereta api itu. Penurunan kos pengangkutan akan meningkatkan daya saing sumber dan barangan keluaran Tibet di pasaran dalam dan luar negara, dan menarik perusahaan China dan asing melabur di situ. Meningkatkan hubungan ekonomi dan perniagaan Tibet dengan tempat lain, pasaran Tibet akan diperluas dan ekonominya akan berkembang dengan cepat.

Landasan kereta api itu juga menyediakan kemudahan yang lebih selesa, selamat dan kos yang lebih murah kepada para pelancong untuk melancong ke Tibet, ini juga membolehkan semakin ramai orang melancong ke Tibet dan merangsang industri pelancongan Tibet berkembang maju. Profesor Li Zhuqing dari Universiti Bangsa Pusat berkata: "Kawasan Tibet tidak sesuai mengembangkan industri tradisional, tetapi, mempunyai syarat yang unggul untuk mengembangkan industri pelancongan.Tibet kaya dengan sumber pelancongan alam semula jadi dan pemandangan alam yang indah permai, ia sangat menarik. Selain itu, kebudayaan Tibet kaya dengan adat-resam etnik Tibet. Industri pelancongan boleh menjadi industri utama di Tibet.

Pembinaan landasan kereta api itu juga akan memangkin perkembangan sektor perkhidmatan di Tibet. Seiring dengan pembangunan di sepanjang landasan dan stesen kereta api itu, boleh dijangka, satu demi satu kota dan pekan baru akan dibina , ini akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk tempatan.

Dimaklumkan, landasan kereta api yang sedang dibina itu, telah membawa manfaat kepada penduduk Tibet. Pada tahun ini, Tibet telah memperoleh peningkatan ekonomi sebanyak lebih 3 ratus juta yuan Renminbi daripada projek tersebut. Penyelidik dari Pusat Pengkajian Ilmu Tibet China Encik Xu Ping berkata: "Pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet akan memangkin pembangunan ekonomi Tibet. Setakat ini, 6 ribu hingga sepuluh ribu orang petani dan penternak tempatan mengambil bahagian dalam pembinaan landasan kereta api itu. Dijangka, dari tahun 2002 sehingga tahun 2003, penduduk di kawasan penternakan di Tibet telah memperoleh pendapatan sebanyak seratus juta yuan Renminbi kerana bekerja sebagai buruh petani".

Encik Xu Ping berkata, pembinaan landasan kereta api itu, bukan sahaja telah memperbaiki perhubungan lalu lintas di Tibet dan memangkin pembangunan sosioekonomi penduduk Tibet, juga menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk mengetahui keadaan Tibet.

----Wang Ling