Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-07 15:59:26    
Persatuan Sukarelawan Shenzhen

CRI
Pada Jun tahun 1990, untuk memperluas lingkungan perkhidmatan, Jawatankuasa Bandar Shenzhen Liga Pemuda Komunis China menubuhkan Persatuan Sukarelawan. Ahlinya terutamanya terdiri daripada pemuda pemudi. Ia merupakan pertubuhan sukarelawan yang pertama di tanah besar China.

Pada masa ini, Persatuan Sukarelawan Shenzhen mempunyai 78 anggota pertubuhan yang terdiri daripada perusahaan atau sekolah dan dianggotai oleh seramai lebih 39 ribu ahli. Para sukarelawan di Bandar Shenzhen terdiri daripada tokoh pelbagai kalangan masyarakat termasuk pegawai kerajaan, pekerja perusahaan, pelajar, orang tua yang bersara dan penganggur, antaranya yang paling muda hanya berumur 14 tahun dan yang paling tua sudah berumur 78 tahun. Di pejabat pendaftaran Persatuan Sukarelawan Shezhen, terdapat lebih seratus orang mendaftar nama setiap bulan. Pada puratanya, setipa sukarelawan bekerja lebih 50 jam setipa tahun, iaitu sama dengan 2,300 orang pekerja sepenuh masa yang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat.

Ketua Setiausaha Persatuan Sukarelawan Shenzhen, Encik Wu Jingqin berkata kepada wartawan CRI, "Sukarelawa di Bandar Shezhen menyumbang masa, tenaga atau kepakaran, menyediakan perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat. Sukarelawan memperlihatkan moral yang baik dalam tradisi China."

Pada masa ini, Persatuan Sukarelawan Shenzhen telah menyediakan lebih 30 jenis perkhidmatan, antaranya, talian penting untuk pemuda pemudi, bantuan khidmat guaman, perkhidmatan untuk orang cacat, perkhdimatan untuk orang tua, perkhidmatan latihan dan lain lain. Dalam tempoh selama 10 tahun lalu, ia telah menerima panggilan penting sebanyak 52 ribu kali, menyediakan bantuan psikologi kepada pelajar sebanyak seratus ribu kali, menyediakan perkhidmatan rawatan kepada orang cacat, orang tua dan orang sakit sebanyak lebih 50 ribu kali, dan menyediakan bantuan khidmat guaman kepada pendatang muda sebanyak lebih 500 kali.

Encik Wu Jingqin mamaklumkan bahawa, "Pada permulaannya, kami hanya merancang untuk menerima pemuda yang berumur 14 tahun hingga 35 tahun menyertai pertubuhan ini. Tetapi, ramai orang tua memberitahu kami mereka ingin mengambil bahagian. Dalam proses percubaan, kami mendapati orang tua mempunyai kemahuan yang lebih tinggi daripada orang muda dan boleh mengekalkan perkhidmatan sosial."

Setelah menyertai aktiviti sukarela, orang tua bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat tetapi juga telah mengubah cara kehidupan mereka. Ramai orang tua berkata, setelah menyertai aktiviti sukarela, mereka menjadi lebih bersemangat, lebih sihat dan mendapat banyak faedah yang tidak pernah difikirkan sebelum itu.

Encik Wu Kehai yang berumur 71 tahun adalah salah seorang sukarelawan di Bandar Shenzhen. Setelah bersara, beliau tidak tahu buat apa di rumah. Pada tahun 2000, komuniti tempat Encik Wu Kehai tinggal menubuhkan satu Pusat Perkhidmatan dan membuka kelas tarian. Beliau pernah mempelajari tarian semasa muda Encik Wu Kehai mendaftar namanya sebagai guru tarian tersebut. Atas bimbingan Encik Wu Kehai yang bersungguh-sungguh, para pelajar dapat meningkatkan taraf tarian mereka. Encik Wu Kehai berkata, "Saya mempunyai kemahiran dalam bidang tarian, dan suka mengajar mereka menari. Melalui tarian, saya berasa lebih sihat berbanding pada masa dahulu, dan juga mengenali ramai kawan."

Dalam tempoh selama 10 tahun lalu, Persatuan Sukarelawan Shenzhen beransur-ansur menjadi saluran penting bagi penduduk Shenzhen menyertai pembangunan etika dan kebudayaan dan menjamin perkhidmatan sosial.

----Azmi