Menurut maklumat Kementerian Perdagangan China, setelah perjanjian perdagangan bebas dua hala antara Singapura dengan Jepun, Australia dan New Zealand dikuatkuasakan, jumlah eksport dari Singapura ke ketiga-tiga negara tersebut meningkat secara besar-besaran, meningkat 12% pada tahun 2003, lebih tinggi 1% daripada kadar peningkatan keseluruhan jumlah eksport Singapura.
Menurut Jabatan Pembangunan perusahaan Antarabangsa Singapura, sehingga penghujung November tahun lalu, jumlah peningkatan eksport Singapura ke New Zealand paling ketara iaitu 34%, jumlah eksport ke Australia meningkat 32%, Jepun pula 3.5%.
|