Menurut berita CRI, jurucakap Mahkamah Agung Indonesia semalam mendedahkan, mahkamah itu memutuskan untuk menolak rayuan Amrozi bin Nurhasyim, penjenayah utama kes letupan bom di Pulau Bali dan mengekalkan hukuman mati ke atasnya.
Menurut jurucakap itu, keputusan tersebut dibuat oleh jemaah hakim yang terdiri daripada tiga orang hakim mahkamah agung.
Pada bulan November tahun 2002, Amrozi ditangkap oleh pihak polis Indonesia. Pada bulan Ogos tahun 2003, mahkamah tempatan Pulau Bali telah menjatuhkan hukuman mati kepada Amrozi atas tuduhan merancang dan melaksanakan letupan bom.Amrozi tidak menerima keputusan tersebut dan membuat rayuan kepada Mahkamah Agung Indonesia.
|