Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-08 13:58:02    
Kebudayaan Mazu di China Terus Berkembang Sejak Seribu Tahun yang lalu

CRI

Sejak penghujung bulan Oktober, pulau Meizhou, Putian, provinsi Fujian, China telah dihias dengan cantik. Sebagai tempat bermulanya kebudayaan Mazu China, Pesta Kebudayaan Mazu Pulau Meizhou Fujian ke-5 telah dirasmikan dengan meriah di sana. Seramai hampir 10 ribu penganut kepercayaan Mazu dari pelbagai tempat di dunia dan lebih 300 orang wakil kuil Mazu dari dalam dan luar negara China berhimpun di Pulau Meizhou untuk berdoa memohon keamanan.

Pada dua bulan yang lalu, banyak aktiviti melibatkan kebudayaan Mazu, misalnya pada 30 September, Bank Rakyat China buat kali pertama mengedarkan dua wang siling peringatan tentang Taiwan, satu daripadanya berlatarbelakangkan Kuil Mazu yang dinamakan Chao Tiangong di Taiwan; pada 4 Oktober, upacara perasmian kuil Mazu yang paling besar di Macau telah diadakan. Selain itu, model kuil mazu yang paling besar di kawasan utara China telah dibina di kota Penglai; Seminar Antarabangsa "Kebudayaan Mazu dan Tamadun Asia Timur pada Abad ke-21" diadakan di Kuala Lumpur. Serentak itu, persatuan pertukaran kebudayaan Mazu China akan ditubuhkan.

Ketua editor Kamus Kuil Mazu Dunia, Lin Siding yang sentiasa berusaha mendorong perkembangan kebudayaan Mazu berkata, "kebudayaan Mazu terus berkembang sejak seribu tahun yang lalu dan sekarang memasuki era baru."

Kebudayaan Mazu berasal daripada kepercayaan Mazu di kalangan rakyat. Menurut pakar, berdasarkan sejarah, kepercayaan Mazu diperkenalkan oleh Lin Mo, dilakhirkan pada zaman Dinasti Song pada tahun 960 masihi dan beliau meninggal dunia pada tahun 987 masihi. Beliau wanita yang tinggal di pulau Meizhou. Kononya, beliau mempunyai banyak keistimewaan, sejak kecil-kecil muda beliau berazam membantu orang yang dalam kesusahan dan membanteras orang jahat, banyak cerita tentang beliau membantu orang terutamanya mereka yang mengalami musibah di laut. Maka, selepas beliau meninggal dunia, beliau dianggap sebagai dewi laut. Sehubungan itu mesyarakat setempat telah membina kuil tempat bersembayang untuknya. Kemudian, kepercayaan Mazu dipopularkan dan menjadi sejenis kebudayaan yang istimewa dan merupakan salah satu warisan kebudayaan yang terkenal di China.

Sejak tahun 1980-an, kebudayaan Mazu menjadi semakin penting lagi di dalam dan luar negara China, banyak kuil Mazu dibaikpulih dan projek kebudayaan Mazu diperkenalkan semula, seminar antarabangsa dan pelancongan tentang kebudayaan Mazu diadakan satu demi satu, pelbagai karya sastera dan seni tentang kebudayaan Mazu diterbitkan.

Di tanah besar China, upacara menziarahi kuil Mazu telah diadakan semula di kebanyakantempat, walaupun pada hari biasa terdapat ramai orang datang menziarah kuil yang terkenal. Menurut statistik, setiap tahun penganut kepercayaan Mazu pergi ke Pulau Meizhou, Fujian untuk menziarahi kuil di sana dan jumlahnya telah melebihi sejuta orang, antaranya 100 ribu orang dari Taiwan.

Setakat ini, di seluruh dunia terdapat 5 ribu kuil Mazu di dunia, terutamanya dibina di 29 buah negara dan kawasan, penganut kepercayaan Mazu seramai hampir 200 juta orang. Naib Pengerusi Persatuan Perantau China, Lin Liyun berpendapat, dalam bidang kebudayaan bangsa Han, kepercayaan Mazu dapat terus berkembang sejak seribu tahun yang lalu disebabkan kepercayaan tersebut berdasarkan kehidupan rakyat dan ia juga mendapat sokongan dan perlindungan kerajaan China.

Pakar menyatakan, dalam sejarah, rakyat menaruh harapan kepada Mazu yang dianggap dewi. Sekarang kepercayaan Mazu dianuti oleh rakyat pelbagai negara dan kawasan.

Melalui perkembangan beberapa tahun yang lalu, kebudayaan Mazu bukan sahaja merupakan kompenen penting kebudayaan tradisional China tetapi juga melibatkan adat resam etnik, agama, sektor perkapalan, perantau China, diplomatik, sejarah, kesusasteraan dan kesenian, pembinaan dan sains. Kebudayaan Mazu semakin menarik perhatian orang ramai.

----Fidah