Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-08 14:21:57    
Kerjasama China dan ASEAN Dalam Bidang Pemasaran Ubat Tradisional China Mempunyai Prospek yang Cerah

CRI
Seiring dengan kemajuan perubatan tradisional China secara beransur-ansur diiktiraf dan jumlah eksport ubat-ubatan tradisioanl China semakin hari semakin bertambah di pelbagai negara ASEAN, kerjasama ekonomi dan perdagangan perubatan tradisional China antara China dan ASEAN mempunyai banyak peluang dan potensinya sangat tinggi.

Terdapat ramai orang Cina tertumpu di negara ASEAN, China dan negara-negara ASEAN berjiran, kebudayaan China sudah lama berakar umbi di rantau ASEAN. Terdapat banyak cara penggunaan ubat yang hampir sama. Di provinsi Yunnan di barat daya China, terdapat 13 suku kaum tinggal melangkau sempadan, mereka mempunyai adat resam yang hampir sama dengan penduduk di bahagian utara Vietnam, Laos dan Myanmar, mereka juga menggunakan bahasa sama.

Selain itu, standard eksport ubat-ubatan China secara beransur-ansur diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. “Standard Import-Eksport Herba yang Digunakan Sebagai Ubat” yang dilaksanakan oleh bekas Kementerian Perdagangan Luar dan Kerjasama Ekonomi China telah menjadikan ubat tradisional China mencapai standard pasaran antarabangsa. Persatuan Akademi Perubatan Tradisional China Eropah sudah menetapkan standard tersebut menjadi standard wajib bagi ubat tradisional China memasuki pasaran Eropah. Persatuan Pembekalan Ubat Herba Britain dan Persatuan Perusahaan Insurans Perubatan Britain telah memeterai perjanjian import ubat tradisional China. Sekarang, jumlah eksport ubat perusahaan yang terkenal di China yang mencapai standard tersebut meningkat dengan cepat.

Ubat tradisional China secara beransur-ansur diiktiraf oleh pengguna pasaran antarabangsa dan telah secara besar-besaran meningkatkan eksport ubat tradisional China dan juga memperluas ruang kerjasama ekonomi dan perdagangan ubat tradisional China antara China dan ASEAN. Jumlah penjualan ubat herba China di pasaran antaarabangsa mencapai lebih kurang 20 bilion Dolar Amerika setiap tahun, ubat herba import dari China bernilai lebih kurang 5 bilion Dolar Amerika, menempati satu perempat dalam pasaran antarabangsa. Jumlah eksport ubat herba tradisional China dari China mencapai 550 juta Dolar Amerika pada tahun 2001, pada 3 suku tahun pertama tahun lepas, jumlah itu mencapai 483 juta Dolar Amerika, meningkat 21.9% berbanding tempoh yang sama tahun sebelum itu. Pada setengah tahun pertama tahun lalu, jumlah eksport ubat dari China ke ASEAN mencapai 55.3 juta Dolar Amerika, kebanyakannya ialah ubat tradisional China, kadar peningkatan eksport ubat tradisional China ke Thailand dan Vietnam mencapai lebih 20%.

Tokoh sektor perubatan China berpendapat, sekarang, terdapat 3 peluang perdagangan dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara perusahaan ubat-ubatan tradisional China antara China dan ASEAN.

Yang pertama ialah kerjasama dalam bidang perdagangan. Sejak tahun 1978, nilai pengeluaran sektor perubatan China meningkat 17.7% purata setiap tahun dan merupakan bidang perkhidmatan yang berkembang paling pesat di dunia. Perusahaan ubat-ubatan China dan ASEAN boleh memilih perusahaan yang sesuai saling untuk menjadi ejen, dengan saluran penjualan sendiri untuk menjual ubat-ubatan tersebut antara satu sama lain, dan meningkatkan kadar pasaran ubat. Malah boleh menubuhkan cawangan kedai ubat antarabangsa, menyatukan sumber perniagaan dan penjualan masing-masing, untuk bersama-sama menikmati sumber dan menggunakan saluran, agar perusahaan tersebut lebih maju lagi. Difahamkan, Kumpulan Perubatan Yunnan China sedang mengadakan rundingan dengan sebuah perusahaan yang terkenal di Vietnam untuk meneroka pasaran Vietnam.

Kedua kerjasama penerokaan teknologi. China dan ASEAN masing-masing mempunyai sumber ubat herba yang kaya, rakyatnya semua pandai mengubati sesetengah penyakit dengan cara rawatan sendiri, kesan ubat tersebut sangat mujarab. Perusahaan yang mengadakan kerjasama boleh menggunakan tekologi dan tenaga profesional bersama-sama secara mendalam mengkaji ubat tradisional negara masing-masing, agar ubat tersebut lebih mujarab dan bersesuaian standard antarabangsa, ini akan menguntungkan perusahaan China dan ASEAN yang mengadakan kerjasama itu.

Satu bidang lagi adalah bersama-sama melatih tenaga profesional perubatan tradisional China. Sehingga sekarang, cara rawatan akupuntur dan urut sudah diiktiraf oleh kebanyakan negara dan sudah disenaraikan daslam insurans perubatan. Di samping itu, perubatan tradisional China berjaya menyembuhkan beberapa jenis penyakit kronik dan telah mendapat perhatian umum, penggunaannya sudah diakui oleh masyarakat antarabangsa. China ASEAN yang berkongsi kebudayaan perubatan tradisional China boleh bersama-sama menubuhkan pusat perubatan tradisional China, mempropagandakan kebudayaan perubatan tradisional China dan mendorong penggunaan ubat China.

Ketiga bekerjasama untuk menubuhkan kilang ubat. Di mana ada keunggulan sumber, di situ terdapat pangkalan, di mana ada keperluan pasaran, perusahaan usahasama akan ditubuhkan di sana.

Misalnya China boleh mengeksport bahan ubat tradisional China ke Vietnam dan menubuhkan kilang ubat di sana, setelah diproses, ubat itu akan dieksport ke Kemboja, Laos, Thailand dan negara-negara lain. Ini membolehkan Vietnam mengiktiraf pendaftaran ubat tradisional China dan melaksanakan dasar bebas tarif perdagangan antara negara ASEAN.

----Andika