Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-08 17:53:05    
ASEAN Adakan Sidang Peringkat Menteri untuk Membanteras Jenayah Transnasional

CRI
Menurut berita CRI, Sidang Peringkat Menteri ke-4 Pembanterasan Jenayah transnasional ASEAN hari ini diadakan di Bangkok, menteri kehakiman dan keselamatan atau wakilnya dari 10 negara anggota ASEAN telah menyertai sidang tersebut.

Para peserta telah bertukar-tukar pendapat tentang penyeludupan dadah, menjual-beli manusia, menghalalkan duit gelap, jenayah ekonomi transnasional, jenayah melalui internet dan lain-lain, dan membincangkan kerjasama dalam pertukaran maklumat, menyelaras pelaksanaan undang-undang dan lain-lain.

Naib Perdana Menteri Thailand Bhokin Bhalakula dalam ucapannya menyeru ASEAN menubuhkan mekanisme pembanterasan jenayah transnasional, meningkatkan pertukaran maklumat dan kerjasama, menubuhkan "Komuniti Keselamatan ASEAN".