Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-09 16:59:13    
Pasaran Pelancongan ke China Ada Harapan Dipulihkan dengan Menyeluruh

CRI

Menurut berita CRI, Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan China, He Guangwei semalam di Beijing menyatakan, di samping berlakunya pemulihan beransur-ansur pasaran pelancongan global dan pelbagai langkah positif yang dilaksanakan oleh kerajaan China menghapuskan wabak SARS, pasaran pelancongan ke China ada harapan berlaku pulih dengan menyeluruh.

Beliau turut menjangka bahawa jumlah pelancong ke China akan mencapai 97.9 juta orang pada tahun ini, dan indeks-indeks utama industri pelancongan akan mencapai taraf sebelum SARS tahun lalu.

He Guangwei menyatakan lagi, amaran tentang perebakan SARS sekali lagi yang dikeluarkan oleh WHO dan situasi pergolakan yang tegang di arena antarabangsa sukar diatasi dalam tempoh yang singkat dan akan menyebabkan banyak perubahan kepada industri pelancongan China,terutamanya iklim luar bagi pemulihan industri pelancongan ke China.