Seiring dengan pelbagai negara semakin mementingkan peningkatan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China, Vietnam juga aktif meningkatkan hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China untuk menghadapi ancaman yang semakin besar daripada produk negara lain memasuki pasaran China, secara berturut-turut meningkatkan eksportnya ke China, agar eksportnya meningkat secara berterusan dan stabil. Kementerian Perdagangan Vietnam baru-baru ini mengumumkan, jumlah eksport Vietnam ke China mencapai 1.4 bilion Dolar Amerika setiap tahun, jumlah import dari China mencapai 2.1 bilion Dolar Amerika, terdapat kurangan imbangan perdagangan antara kedua-dua negara. Dalam 2 bulan pertama tahun 2003, jumlah perdagangan antara China dan Vietnam mencapai 555 juta Dolar Amerika, meningkat 64% daripada tempoh yang tahun sebelum itu. Jumlah eksport dari China ke Vietnam mencapai 387 juta Dolar Amerika, meningkat 84.1% daripada tempoh yang sama tahun sebelum itu, jumlah import mencapai 188.5 juta Dolar Amerika, meningkat 34% daripada tempoh yang sama tahun sebelum itu, Vietnam akan berusaha meningkatkan jumlah eksportnya ke China kepada 1.7 bilion Dolar Amerika.
Pada 1 Oktober tahun lalu, China dan Thailand mencapai persetujuan melaksanakan tanpa tarif dalam urusan perdagangan sayur-sayuran dan buah-buahan, Naib Menteri Perdagangan Vietnam menyatakan, pelbagai perjanjian perdagangan dua hala antara negara lain merupakan cabaran terhadap eksport Vietnam, hampir semua negara telah memeterai perjanjian perdagangan pelbagai hala, dan saling menikmati pelbagai hak eksekutif dalam perdagangan. Setelah China dan Thailand memeterai perjanjian menurunkan kadar tarif, produk Vietnam sedang menghadapi cabaran yang lebih besar di pasaran China, persaingan mengeksport buah-buahan ke China lebih sengit lagi. Ini kerana dalam senarai tarif keutamaan itu termasuk 188 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, ini bermakna hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran eksport dari Thailand ke China boleh menikmati kemudahan tarif. Walaupun kadar tarif mengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran dari Vietnam ke China telah menurun dari 40% kepada 13% setelah China menganggotai WTO, tetapi jurang perbezaan masih jauh lagi berbanding tanpa tarif. Oleh sebab itu, daya persaingan buah-buahan dan sayur-sayuran Vietnam masih kurang berbanding dengan Thailand, sekarang buah-buahan Vietnam menempati kira-kira 50% dalam pasaran China, tetapi juga sedang menghadapi kesulitan dan cabaran yang besar.
Konsular Vietnam di China berpendapat, produk Vietnam di pasaran China menghadapi masalah yang besar disebabkan China dan Vietnam masih belum mencapai pelbagai perjanjian keutamaan tarif. Walau bagaimanapun tarif eksport dari Vietnam ke China sudah menurun dari 40% ke 14%, tetapi tarif beberapa jenis produk eksport dari China ke Vietnam masih tinggi. Misalnya kadar tarif mesin, barang elektrik, buah-buahan, sayur-sayuran dan teh dari China masih 30%. Tetapi mesin dan barang elektrik China mempunyai keunggulan di pasaran Vietnam. Beliau menegaskan, terdapat beberapa negara telah memeterai beberapa perjanjian perdagangan dengan A.S, Singapura dan China, Vietnam harus lebih mementingkan masalah persaingan pasaran untuk mengelakan kehilangan pasaran yang sedia ada.
Kementerian Perdagangan Vietnam pernah mencadangkan kepada kerajaan negara itu agar menubuhkan badan perdagangan di Bandar Kunming dan Bandar Guangzhou, dan mengadakan pameran antarabangsa untuk membantu perusahaan memperluas pasaran seberang laut, meningkatkan persefahaman keperluan pengguna luar negara. Di samping itu, kerajaan Vietnam juga harus mendorong perusahaannya berdasarkan keperluan pihak China, meningkatkan nilai tambah dan eksport makanan dan hasil pertanian. Di samping itu, menghasilkan produk yang baru, meningkatkan mutu hasil laut, buah-buahan dan sayur-sayuran agar daya persaingan dapat ditingkatkan. Perusahaan Vietnam mesti dengan keunggulan sendiri untuk meningkatkan eksportnya ke bahagian barat China, oleh sebab 10 provinsi di bahagian barat China merupakan satu pasaran besar yang masih belum diteroka, jumlah KDNKnya menempati 25% dalam jumlah KDNK China.
Kementerian Perdagangan Vietnam menegaskan, keunggulan eksport Vietnam ke China ialah getah, plastik, binatang, tumbuhan, minyak binatang, arang batu, kayu, barang pertukangan tangan, buah-buahan tropika dan lain-lain. Pelbagai perusahaan Vietnam harus secara besar-besaran meningkatkan eksport ke China dengan keunggulan produk tersebut, khususnya buah-buahan tropika dan hasil laut. Sekarang, buah-buahan tropika dan hasil laut Vietnam paling popular di Provinsi Guangdong, Guangxi dan Yunnan. Perusahaan Vietnam juga sangat mementingkan pasaran bahagian barat China. Selain itu, oleh sebab China telah membatalkan dan meminda beberapa undang-undangnya setelah menganggotai WTO, perusahaan Vietnam juga harus mengetahui undang-undang China.
----Andika
|