Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-09 13:55:35    
Sukan Besbal Sedang Berkembang di China

CRI

Sekarang di pelbagai bandar di China antaranya Beijing, Shanghai dan Guangzhou, terdapat ramai pemuda yang memakai topi sukan besbal. Ini bukan sahaja kerana topi besbal digemari oleh golongan pemuda, tetapi juga sukan besbal semakin diketahui dan diterima oleh rakyat China. Dalam rancangan hari ini, kami akan perkenalkan sukan besbal yang sedang berkembang di China.

Walaupun sukan besbal diperkenalkan ke tanah besar China pada awal abad ke-20, tetapi ia baru berkembang pada beberapa tahun kebelakangan ini. Kini, terdapat 28 buah pasukan besbal telah didaftarkan di Persatuan Besbal China, dan terdapat lebih 600 orang pemain besbal profesional. Pertandingan Besbal Profesional China juga mula diadakan pada tahun 2002. Sukan besbal semakin menarik perhatian pemuda China dengan keunikannya.

Liu Xiaodan, mahasiswa Universiti Rakyat China. Beliau gemar bermain bola sepak semasa berada di sekolah menengah. Selepas mengetahui sukan besbal, Liu Xiaodan segera meminatinya.

Beliau berkata, "Rakan-rakan saya warga Republik Korea dan Jepun selalu bermain besbal. Kadang kala mereka mengajak saya bermain bersama-sama. Saya semakin meminati sukan itu. Kebetulan universiti kami menubuhkan pasukan besbal, maka saya telah menyertai pasukan itu. Pada setiap minggu, kami berlatih tiga kali di Universiti Tsinghua kerana kemudahan sukan besbal di sana lebih lengkap. Dengan adanya latihan itu, taraf permainan saya dalam sukan besbal telah meningkatkan dan saya lebih berminat dalam sukan ini."

Sebenarnya, terdapat ramai mahasiswa di China gemar akan sukan besbal seperti Liu Xiaodan. Kini di China, terdapat lebih 50 buah badan pengajian tinggi telah mengadakan kursus besbal dan menubuhkan pasukan besbal. Pertandingan besbal antara universiti di China juga telah diadakan selama kira-kira 10 tahun. Baru-baru ini, Persatuan Besbal Mahasiswa China telah ditubuhkan di Beijing. Setiausaha Agung persatuan tersebut, Encik Shao Hengzhong berpendapat, universiti giat mengadakan aktiviti sukan besbal, ini akan memangkin pembangunan sukan tersebut di China.

"Universiti merupakan pemangkin sukan besbal di China. Universiti memberi keutamaan kepada pelajar bermain besbal, menggalakkan sekolah menengah malah sekolah rendah melatih pemain besbal."

Seperti yang dikatakan oleh Encik Shao, universiti, sekolah menengah dan sekolah rendah merupakan asas pembangunan sukan besbal di China. Menurut jangkaan Persatuan Besbal China, sekurang-kurangnya 400 buah sekolah menengah dan 700 buah sekolah rendah mengadakan latihan besbal, manakala jumlah belia dan kanak-kanak yang menyertai sukan tersebut melebihi 100 ribu orang. Pasaran yang berpotensi besar ini telah menarik perhatian Major League Baseball Amerika Syarikat yang menandakan taraf sukan besbal yang tertinggi di dunia.

Baru-baru ini, Persatuan Besbal China telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Major League Baseball Amerika Syarikat di Beijing untuk mempopularkan dan menggalakkan pembangunan sukan besbal di China.

Walaupun pasukan besbal China belum berkelayakan untuk menyertai Sukan Olimpik Athens tahun 2004, tetapi Setiausaha Agung Persatuan Besbal China, Puan Shen Wei amat optimis terhadap prospek pasukan besbal China.

Beliau berkata, "Pasukan besbal China berpengharapan mendapat tempat keenam dalam Sukan Olimpik Beijing tahun 2008. Hasil itu mungkin merupakan hasil terbaik antara acara sukan berpasukan lelaki China."

----Wenwen

gambar tersebut: pasukan besbol Beijing menewaskan pasukan Tianjin dan meraih pingat emas dalam pertandingan akhir besbol China 2003.