|

Menurut Agensi Berita China, Yayasan Warisan Amerika Syarikat dan Harian "The Wall Street Journal" semalam di Hong Kong telah mengumumkan keputusan tinjauan "Indeks Kebebasan Ekonomi" yang baru, sejak indeks itu diumumkan pada 10 tahun yang lalu, pada setiap tahun Hong Kong menduduki tempat pertama dan merupakan kawasan yang paling bebas ekonominya di dunia secara berturut-turut selama 10 tahun.

Dalam indeks yang diumumkan kali ini, hasil Hong Kong lebih baik daripada tahun lalu, ini terutamanya kerana kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong jarang mengganggu ekonomi Hong Kong dan pembelajaan kerajaan adalah rendah.
Antara sebanyak 155 sistem ekonomi yang ditinjau di dunia, Hong Kong menduduki tempat pertama, manakala Singapura dan New Zealand masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.



|