Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-10 14:37:25    
Kutipan Cukai Kastam China 2003 Catat 370 Bilion Yuan RMB

Harian Renmin Ribao

Menurut Harian Renmin Ribao China, kutipan cukai kastam China pada tahun 2003 melebihi 370 bilion yuan Renminbi, meningkat lebih 40% berbanding tahun yang sebelumnya dan mencatat rekod baru dalam sejarah.

Pemberita mendapat maklumat tersebut daripada Sidang Ketua Kastam Kebangsaan China yang diadakan di Bandar Shanghai, timur China semalam.

Ketua Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, Mou Xinsheng memaklumkan, bermula pada tahun 1999, kutipan cukai kastam China semakin meningkat, ini terutamanya kerana pertumbuhan ekonomi nasional yang pesat dan mantap serta peningkatan jumlah import eksport perdagangan luar yang pesat.