Sidang Peringkat Menteri Pembanterasan Jenayah Transnasional 10+3 diadakan di Bangkok
Menurut berita CRI, Sidang Peringkat Menteri Pembanterasan Jenayah Transnasional ASEA, China, Jepun dan Republik Korea kali pertama hari ini diadakan di Bangkok, menteri atau wakil kehakiman dan keselamatan negara-negara tersebut telah menyertai sidang tersebut.
Para peserta telah bertukar-tukar pendapat dan terutamanya membincangkan bidang dan cara kerjasama dalam rangka kerjasama 10 campur 3.
Naib Menteri Keselamatan Am China Tian Qiyun dalam sidang itu telah mengemukakan cadangan 5 prakarsa kerjasama konkrit, termasuk menubuhkan dan menyempurnakan mekanisme kerjasama pembanterasan jenayah transnasional; menetapkan bidang kerjasama yang penting dan negara pimpinan; badan berkenaan pelbagai negara menubuhkan hubungan dan menetapkan rancangan pembanterasan jenayah transnasional dan saling menghantar pegawai polis komunikasi.
|