Rundingan China dan Vietnam Mencapai Kata Sepakat
Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, rundingan sempadan peringkat kerajaan pusingan ke-10 China-Vietnam telah diadakan di Hanoi, Vietnam, pada semalam dan hari ini. Kedua-dua pihak telah menympul hasil dalam pelbagai rundingan, menyanjung tinggi kejayaan dalam rundingan seterusnya Perjanjian Kerjasama Perikanan Teluk Baibu dan mengaturkan rundingan peringkat nanti.
Kedua-dua pihak bersetuju mempercepat kerja penggarisan sempadan, berusaha menetapkan separuh garisan sempadan yang lain; agar perjanjian penetapan penggarisan sempadan teluk Baibu dan perjanjian kerjasama perikanan dapat dikuatkuasakan pada suku tahun kedua tahun ini.
Ketua delegasi China, Naib Menteri Luar China Wang Yi dan ketua delegasi Vietnam, Naib Menteri Luar Vietnam Le Gong Fhung telah menghadiri rundingan tersebut.
|
|