|
Menurut berita CRI, Sidang Peringkat Menteri ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea untuk Membanteras Jenayah Transnasional yang berlangsung selama sehari telah ditutup di Bangkok, Thailand selepas meluluskan pengumuman bersama.
Dalam pengumuman bersama itu ditegaskan, ASEAN dan China, Jepun dan Republik Korea berkeazaman untuk meningkatkan kerjasama dalam usaha membanteras jenayah transnasional, menyokong matlamat untuk menubuhkan "Komuniti Keselamatan ASEAN", dan mengalu-alukan kemajuan yang bekerjasama dalam ASEAN serta antara ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea untuk membanteras jenayah transnasional.
Dalam pengumuman itu dinyatakan, kerjasama serantau untuk membanteras jenayah transnasional harus mematuhi prinsip bermesyuarat secara sama rata, hormat-menghormati, bertindak secara beransur-ansur dan mementingkan realistik.
Naib Menteri Keselamatan Awam China, Tian Qiyu selepas sidang itu ditutup berkata, pihak China akan berdasarkan prinsip tersebut untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang undang-undang dengan ASEAN serta Jepun dan Republik Korea dalam rangka 10+3.
|