Menurut berita CRI, untuk memperingati ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik Malaysia-China, siri aktiviti perayaan "Tahun Persahabatan Malaysia-China" telah dirasmikan di Melaka, Malaysia semalam.
Naib Menteri Kebudayaan China, Meng Xiaosi, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Rustam telah menghadiri majlis perasmian.
Meng Xiaosi dalam ucapannya berkata, persahabatan China-Malaysia bersejarah lama, hubungan kedua-dua negara semakin matang. Beliau yakin bahawa aktiviti perayaan kali ini pasti akan menyuntik dinamik baru dalam perkembangan hubungan kedua-dua negara secara menyeluruh.
Manakala, Dato' Abdul Kadir berkata, persahabatan Malaysia dan China akan ditingkatkan seiring dengan pertukaran dan hubungan kedua-dua pihak yang semakin erat.
|