Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-12 14:58:23    
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tegas Tingkatkan Hubungan Kerjasama Malaysia-China dengan Menyeluruh

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak semalam di Kuala Lumpur menegaskan bahawa Malaysia akan terus berusaha untuk mendorong hubungan kerjasama menyeluruh dan erat dengan China.

Semasa Najib Tun Razak menghadiri upacara penandatangani rancangan kerjasama kebudayaan Malaysia China 2004 hingga 2007 beliau berkata sejak penjalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun 1974, hubungan Malaysia China berkembang dengan baik dan kerjasama dua hala mencapai kejayaan yang cemerlang. Beliau menyatakan bahawa Malaysia menganggap China sebagai rakan kerjasama yang bersahabat dan tidak pernah berpendapat kekuatan China sebagai ancamannya.

Untuk merayakan ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatic Malaysia-China dan ulang tahun ke-600 Cheng Ho melawat Melaka, kerajaan Malaysia dan China menetapkan tahun 2004 sebagai tahun persahabatan Malaysia dan China.