Menurut Agensi Berita Xinhua, Singapura menyatakan puas hati terhadap keadaan pengurusan pesakit SARS di Guanhzhou China serta berpendapat bahawa tidak perlu melaksanakan sistem pengawasan visa yang lebih ketat terhadap pelancong China.
Pemangku Menteri Kesihatan Singapura, Xu Wenyuan menyatakan bahawa walaupun pesakit kebarangkalian SARS dikesan lagi dikawasan Guangzhou China, tetapi keadaan di situ telah dikawal. Katanya, Singapura tidak perlu menyekat pelancong China ke Singapura, bahkan agensi pelancongan Singapura berharap menarik lebih ramai pelancong China melancong ke negara tersebut.
|