|
Menurut Agensi Berita Xinhua bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar Shanghai dijangka akan mencapai lebih 620 bilion yuan RMB pada tahun 2003, berbanding tahun 2002. Kadar itu telah meningkat lebih 10%, ini merupakan kecepatan paling tinggi pada 5 tahun yang lalu.
Berita tersebut dinyatakan oleh Datuk Bandar Shanghai, Han Zheng hari ini. Tambah beliau, struktur ekonomi Shanghai terus diperbaiki, sector teknologi maklumat, kewangan, kereta dan hartanah dijangka akan menempati lebih 40% Keluaran Dalam Negara Kasar Shanghai.
Beliau menyatakan, pada tahun ini, Shanghai akan meningkatkan taraf buka pintu kepada luar serta meningkatkan usaha menyediakan peluang pekerjaan dan jaminan sosial.
|