Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-12 13:08:48    
Tasik Barat Hangzhou

CRI

Tasik Barat terletak di Bandar Hangzhou Provinsi Zhejiang di timur China. Pemandangan indah di tasik itu telah menarik ramai pengembara China dan luar negeri. Pada abad ke 14, pengembara terkenal Itali Marco Polo pernah melawat Tasik Barat Hangzhou, beliau memuji Tasik Barat sebagai "syurga".

Tasik Barat merupakan sebutir mutiara yang terletak di antara kawasan bandar Hangzhou dan gunung. Dalam sejarah China, banyak penyair terkenal mengkagum keindahan pemandangan Tasik Barat dan menulis sajak untuk memuji kecantikannya. Banyak sajak yang ditulis oleh mereka merupakan sajak yang terkenal.

Di China terdapat banyak cerita dongeng tentang Tasik Barat Hangzhou. "Cerita Tentang Ular Putih" yang diketahui oleh ramai rakyat China katanya berlaku di Jambatan Duanqiao di Tasik Barat Hangzhou itu.

Dalam cerita dongeng itu terdapat seekor ular putih yang mengamalkan praktik kezahidan selama seribu tahun dan menjelma sebagai Cik Bai yang cantik. Seekor ular hitam yang mengamalkan praktik kezahidan selama 500 tahun juga menjelma sebagai Cik Xiao Qing. Mereka bersiar-siar di Tasik Barat Hangzhou. Ketika mereka tiba di Jambatan Duanqiao, Cik Bai ternampak seorang teruna yang kacak dalam kelompokan pengembara dan terpesona dengan teruna itu. Cik Xiao Qing menggunakan ilmu sihir sehingga turun hujan lebat. Teruna yang bernama Xu Xian berjumpa dengan Cik Bai dan Cik Xiao Qing yang basah kuyup dalam hujan. Xu Xian meminjamkan payungnya kepada Cik Bai dan Cik Xiao Qing, tetapi beliau sendiri basah dalam hujan tersebut. Cik Bai melahirkan rasa cinta terhadap Xu Xian yang baik hati manakala Xu Xian juga suka akan Ci Bai yang cantik. Malalui perantaraan Cik Xiao Qing, Cik Bai telah berkahwin dengan Xu Xian. Mereka membuka sebuah kedai ubat di pinggir Tasik Barat dan mempunyai hubungan yang harmoni dengan penduduk di sekitar tempat itu.

Mahaguru Kuil Jinshan Fa Hai menganggap Cik Bai adalah setan dan akan membawakan malapetaka kepada rakyat jelata. Beliau secara diam-diam memberitahu Xu Xian bahawa Cik Bai jelmaan ular putih. Pada Hari Cerun, hari perayaan tradisional China, menurut adat-resam bahagian selatan China, orang ramai minum samsu untuk menghindari malapetaka. Menurut cara yang dipesan oleh Mahaguru Fa Hai, Xu Xian memaksa Cik Bai yang hamil minum samsu. Setelah minum samsu, Cik Bai segera kembali menjadi seekor ular putih semula. Xu Xian mati ketakutan. Demi menyelamatkan nyawa Xu Xian, dengan tidak menghiraukan berbadan dua, Cik Bai pergi ke Gunung Kunlun di barat laut China untuk mencuri cendawan Lingzhi yang mempunyai khasiat dapat menghidupkan orang yang mati. Pengawal cendawan Lingzhi bertempur hebat dengan Cik Bai dan akhirnya terharu oleh keikhlasan Cik Bai dan menghadiahkan cendawan Lingzhi kepada Cik Bai. Xu Xian hidup semula atas bantuan Cik Bai, perasaan antara mereka suami-isteri semakin menebal.

Mahaguru Fa Hai tidak mengizinkan Cik Bai terus hidup. Beliau memanggil Xu Xian datang ke Kuil Jinshan dengan tipu muslihat dan memaksanya menjadi sami. Cik Bai dan Cik Xiao Qing sangat marah dan memimpin askar menyerang Kuil Jinshan untuk menyelamatkan Xu Xian. Mereka menggunakan ilmu sihir menyebabkan berlaku bah untuk mengepung Kuil Jinshan. Mahaguru Fa Hai juga menggunakan ilmu sihir menentang mereka.Cik Bai yang berbadan dua telah dikalahkan oleh Mahaguru Fa Hai dan melarikan diri dengan perlindungan Cik Xiao Qing. Ketika mereka melarikan diri sampai di Jambatan Duanqiao, mereka telah bertemu dengan Xu Xian yang melarikan diri dari Kuil Jinshan. Cik Bai dan Xu Xian berpeluk-pelukan dan menangis dengan sedih. Sebaik Cik Bai melahirkan anak lelaki, Mahaguru Fa Hai tiba. Beliau menindih Cik Bai di bawah Pagoda Leifeng di atas gunung di pinggir Tasik Barat. Beliau berkata, Cik Bai tidak akan kembali ke dunia insani selama-lamanya kecuali air di Tasik Barat menjadi kering dan Pagoda Leifeng runtuh.

Cik Xiao Qing terus mengamalkan praktik kezahidan dalam banyak tahun sehingga telah memperolehi kuasa misteri yang baru. Beliau kembali ke Tasik Barat Hangzhou dan akhirnya mengalahkan Mahaguru Fa Hai, mengeringkan air di Tasik Barat, meruntuhkan Pagoda Leifeng dan menyelamatkan Cik Bai.

Dengan bantuan Cik Xiao Qing, Cik Bai bertemu lagi dengan Xu Xian di Jambatan Duanqiao Tasih Barat Hangzhou.

--- Li Jian